Pages

Thursday, November 5, 2009

Interview yg MENGERIKAN !!

Al kisah..tentang interview yang pernah aku lalui dulu. Actually cite ni dah lama tapi teringat plak bila ada sorang akak ni suruh aku masukkan dalam blog.
"
"
kisah ni berlaku sebelum aku dapat keje lagi.masa tu mmg sibuk pergi interview kat sana sini sampai aku pun dah tak ingat dah berapa banyak aku pegi interview tau.then satu hari aku dapat call dari 1 software house yang lokasi dia area2 1 utama. nampak macam dekat tapi sebenarnya jauh gak sebab kena naik teksi lepas turun dari Taman Bahagia LRT station.
"
"
oh ye aku ingat lagi sebelum aku pegi interview tu aku dah wat research ttg syarikat tu. dorg mmg ada website sendiri n nampak la ofis dia yg agak menarik. at least tau ofis tu mmg wujud.
"
"
dipendekkan cite, aku sampai juga disana.tapi terpaksa tawaf bangunan tu 2 kali coz tak jumpa banner syarikat tuh.aku ada gak call orang dari ofis tu n dia pun tunjuk arah melalui tepon.then akhirnya lepas tanya2 orang ramai aku jumpa juga tempat tu.disebabkan kedudukan dia yg agak jauh n sunyi mybe orang tak tau.bangunan tu juz rumah kedai je.aku pun naik la sampai level 3, means top floor la.
"
"
Dan kini b'mulalah saat yang suspen... dup dup.. dup dup...
"
"
"
sampai je depan2 pintu ofis tu, aku rasa serba salah nak masuk sebab aku ternampak nama syarikat tu juz tampal ngan kertas A4 dan hanya ditampal di pintu. isk...betul ke tempat nih.
aku pun masuk juga..buka pintu...dan bagi salam.
"
"
tapi..........senyap sahaja...takde orang..
MySpace
"
"
then aku terkejut juga bila tenguk keadaan dalam ofis tu.hanya ada 2 buah meja tapi itupun penuh ngan barang2, kerusi n sampah2.dalam tu ada beberapa bilik.tapi sungguh memang takde orang langsung! sunyi...... rasa takut sebab tak nampak macam sebuah ofis! tapi lebih kepada sebuah stor simpan barang!
MySpace
"
"
aku dah berdebar.betul ke tempat nih... nape takde sorang pun pekeje...??
"
"
aku panggil2 lagi nama orang tu.tapi tak bersahut..
aku keluar balik.tapi aku tak turun lagi.berdiri depan pintu masuk tu lagi.aku keluarkan hp.
niat hati nak call orang tu inform aku dah sampai.tapi entah nape rasa berat.
"
"
then tetiba aku ternampak loceng pintu. so aku pun tekan la.tapi tak berbunyi sebab loceng tu dah rosak kot. isk bila ingat2 balik kenapa lah aku berani tekan loceng tuh!!
"
"
lepas tu aku masuk balik ofis tu dan panggil2 sesapa yang ada.tapi takde orang pun.ok kali ni mmg aku dah rasa semacam.aku pun turun la cepat2 dari ofis tu.sampai je kat bawah aku call fae bgtau sume.utk pengetahuan, fae mmg tau aku nak gi interview kat sana coz dekat ngan area2 umah dia. fae pun dh takut n suruh aku cepat2 pergi dari situ.
"
"
tak lama ada bunyi call.rupanya orang tu call.dia tanya aku jumpa tak ofis.aku bagitau tadi aku dah masuk tapi takde orang pun.dia kata dia tak dengar tadi aku panggil.aku tanya dia siapa je ada kat atas.
then dia jawab "DIA SORANG JE". hahh??!! sorang??!!
"
"
isk...aku dh seram.dia kata kat aku suruh tunggu kat kaki lima tu dan dia akan turun jemput aku.isk bahaya nih.takkan aku berdua je ngan dia kat atas tu.kalau jadi apa2 bukan orang tau pun.kalau menjerit sure orang tak dengar.isk dibuatnya dia cekup aku!
"
"
alamak!! dalam hati aku cakap "lari baizura! lari!!"
aku pun cepat2 jalan laju2.dah la dengan bawa laptop lagi sebab aku nk tunjuk system aku.
dah la keadaan kat situ sungguh sunyi tambah ngan aku langsung tak biasa ngan kawasan tuh.
then bunyi call lagi n lagi.tapi aku tak jawab.aku cepat2 off kan hp.aku jalan selaju yg boleh.
mmg perasaan masa tu sungguh suspen.rasa dah macam cite drama yg aku selalu tgk time kena kejar ngan penjenayah.tapi kali ni real! dalam hati doa2 cepat dapat teksi.
then tak jauh aku ternampak teksi dan cepat2 aku tahan.
"
"
bila dah ada dalam teksi baru aku rasa lega.aku ada cite kat pakcik teksi tu betul ke apa yg aku buat ni..lari dari tempat tuh.dia kata mmg betul pe yg aku buat ni sebab sekarang ni mmg macam2 kes.banyak yg kena tipu lagi2 perempuan.
"
"
bila dah sampai rumah..mmg rasa cam nak nangis pun ada.nyaris kena tipu.aku tak rasa ofis tu wujud sebab keadaan dlm ofis tu macam stor je.takde langsung suasana ofis. tambah dah la takde pekeje langsung! then dia sorang2 je ada kat atas tu n nak interview aku berdua ngan dia.
"
"
hmm itu antara ujian n dugaan aku masa nak mencari kerja. Alhamdulillah takde apa2 yang jadi kat aku. jadi kawan2 aku nak ingatkan biarlah kalau nak g interview tu bawalah sesape utk jadi teman kalau agak2 syarikat tu mmg tak penah dengar. jangan percaya apa yg dipaparkan dalam website mereka sebab boleh jadi sume tu hanya penyedap mata semata-mata melainkan syarikat tu mmg sebuah syarikat yg mmg dikenali orang atau at least ada ciri2 macam ofis. contoh paling senang mesti ada pekerja kan.
"
"
aku agak trauma gak masa tu sebab stil terbayang2 keadaan ofis dia atau lebih layak keadaan stor usang dia. tapi tu tak patahkan semangat aku utk pegi interview kat sana sini.
"
"
hope cerita ni dapat jadi pengajaran utk sume kengkawan yang nak n tengah mencari kerja tu ye. kena sentiasa berhati2 n waspada selalu.

2 comments:

Dr. Ridzuan Masri said...

Bahaya nih.. misteriiii...

baizura said...

ehhehe betul tuh.. jangan biarkan hidup anda diselubungi misssteeerii.... :P

Post a Comment