Pages

Sunday, August 30, 2009

MERDEKA !!

selamat menyambut hari keMERDEKAan ke-52 tahun kengkawan!


sambil2 aku tulis blog ni, aku tgk2 gak tv8 yg kebetulan de program ttg kemerdekaan. klakar lak time dorang wat segmen tentang "Are u Smarter than Standard 3? "

macam2 soalan yg diajukan kepada orang ramai ttg merdeka.
dan macam2 gak jawapan yg lucu yg diterima. tu belum campur lagi dengan gelagat mereka yg dok nak pikir2 balik time nak cari jawapan tuh.
masa soalan warna apa pada bendera malaysia..dan macam biasa semua org bole jawab dgn betul macam biru, merah, putih n kuning. tapi yang tak tahan ada yg jawab hitam pun ada..haihhh biar betik.
MySpace
Utk soklan Apakah tema kemerdekaan utk tahun ni?.haa yg ni macam2 jawapan yg aku dgr.
you can do it pun de gak hehe. hanya bbrp orang je yang jawab betul.. 1 Malaysia.. hmm mungkin dorang agak kalut n tetiba terkaku kot bila dok depan kamera..juz think +ve...
apa2pun.. I am PROUD to be a Malaysian!!


aku tertarik dengan logo Google hari nie.. cantik2.. :)

hari ke-9 Ramadhan..

rasanya cam dah lama lak tak update blog aku ni ye.ada ke yg tertunggu2 ek.. hehehe perasan betul :P


MySpace
Alhamdulillah hari nie dah masuk hari ke-9 kita semua berpuasa ye.jumaat lepas adik aku balik bercuti dari UPM.macam biasala mak aku akan masak macam2 utk sambut adik aku hehe.aku rasa sume emak2 akan wat camtu kalau salah sorg anak dia balik bercuti lepas lama takde kat umah.betul tak? masa hari sabtu lak aku n adik aku g bazar ramadhan kat area bukit angkasa. tapak bazar kat sana mmg besar n macam2 pilihan makanan yg ada.fuhh dugaan nih.kami beli air soya, satey, ayam percik, puding caremel .beli sikit2 je.tu pun sbb adik aku tak bpeluang lagi nak g bazar sebelum nie.


hmm teringat dulu masa zaman2 blaja dulu di upm. aku, fae n adila rajin gak g bazar ramadan kat SS (sri serdang) bes gak. sanggup berjalan jauh dari upm ke SS lepas abis klas. situ jelah port bebudak upm nk hilangkan tensen lepas abis klas. oohho teringat kenangan lalu..




hari ni mak aku de wat laksa utk berbuka. aku tulun2 je hehe.pastu wat kuih sagu sebagai pencuci mulut.adik aku lak teringin nk try resepi puding ceremel sendiri. smlm mmg ada beli di bazar ramadan. tapi cam tak berbaloi je sbb sepotong je dah RM 1.50 . kalau buat sendiri baru puas hati kan.takdelah susah sgt nak buatnye tadi.cuma time nak wat gula hanggus jela agak rumit skit sbb melekat2 kat periuk.next time kena cari petua ni utk elak dari melekat huhu

ni gambar hiasan shja. lupa lak nak snap picture tadi hehe.mungkin tak seindah rupa diatas..tapi sedap rasanye.. :P

Friday, August 28, 2009

Monolog Tgh Malam..


budak: dah lama ke pakcik pakai kaki ni?

pakcik: dah lama nak.dah nak jauh pakcik jalan.

pakcik : tapi kena ingat tau! jalan mesti ke depan.bukan ke belakang.
"
"

hmm agak2 kenal tak dialog kat atas.baru2 ni ada diputarkan balik didalam tv sempena bulan kemerdekaan. bagi aku ia bukan sekadar iklan.tp ianya memberi kita satu MESEJ yg sangat dalam ttg KEHIDUPAN.

mmg kenangan yg lepas itu indah.bagi sapa2 pun.tp kita tak boleh sentiasa hidup dalam kenangan..sentiasa hidup dengan memandang ke belakang nanti kita hanya berdiri setakat itu shja dan tidak berganjak kerana hanya ingin hidup dalam kenangan yg indah itu.

tak semua yang kita impikan dan harapkan akan kita capai. bak kata pepatah hidup tak selalunya indah. kekadang manis, kekadang pahit. kekadang suka dan kekadang duka. kekadang kita berada diatas dan kekadang kita berada di bawah.
itulah warna warni kehidupan.

aku pernah 'berjalan dgn memandang ke belakang' masa belajar di sekolah dulu. dan akhirnya aku gagal.bermula dengan zaman aku semasa belajar di kolej dulu baru aku tekad nak ubah cara pemikiran dan tindakan aku dan insyaAllah aku akan tetapkan pendirian itu demi masa depan aku dan keluarga aku. aku harap aku tak ulang kesilapan aku lagi seperti masa silam. siapalah nak sayangkan n kasihan diri kita kalau bukan diri kita sendiri kan.
so pegang kata itu! semat dalam hati!

"

hmm ahmad idham pun de kata.. Jangan Pandang Belakang! hehehe

Thursday, August 27, 2009

HuJaN..


hari ni boleh kata sepanjang hari hujan dan aku rasa kebanyakan tempat2 lain juga begitu. hmm aku paling suka time2 hujan.kadang2 aku saje je duduk tepi tingkap lihat titisan hujan yang turun dan merenung jauh tenggelam dalam hujan.bukan mengelamun tau..
hmm banyak hikmahnya hujan ni. salah satunya ialah antara waktu2 mustajabnya doa iaitu pada waktu hujan.
"
"
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda :
"
“Dua doa yang tidak pernah ditolak ialah doa ketika waktu azan dan doa ketika waktu hujan
"
"
Imam An-Nawawi juga ada berkata, penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat dari Allah khususnya curahan hujan pertama di awal musim. jadi seelok2nya kita berdoa pada awal turunnya hujan..
InsyaAllah doa kita akan dimakbulkan Allah.
"
"
“Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya (hujan), hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung Kami halau ke suatu daerah tandus lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan (hujan) itu berbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran”
(QS Al A’raaf:57).

Tuesday, August 25, 2009

Hadiah Ramadhan..



Alhamdulillah..


pagi tadi aku ada dapat call dari ERL KLIA express.

macam biasa kak lin dari bahagian sumber manusia yg call aku.dia ucap tahniah kat aku sbb telah berjaya terpilih utk bkerja di ERL sbg software engineer.

Alhamdulillah syukur sgt2. akhirnya Allah makbulkan doa aku pada bulan Ramadhan nie. mmg aku akui banyak dugaan yg aku lalui masa nak cari keje ni.hampir juga patah semangat.hanya keluarga n kawan2 yg rapat byk bagi sokongan kt aku.terima kasih semua.. :)

Alhamdulillah..terasa bagaikan sebuah hadiah yg teramat bermakna utk aku dalam
bulan Ramadhan nie.mungkin juga berkat dari doa ibu aku yg tak putus2 mendoakan utk anaknya.

sebelum ini aku mmg ada terima tawaran sbg lecture sains komputer di KPTM batu pahat.tp aku terpaksa tolak sbb tak sanggup biarkan mak aku duduk sorg2 kat umah.

mak aku pun mmg agak berat nak lepaskan aku pegi batu pahat tempoh hari.Alhamdulillah mungkin doa mak aku dimakbulkan supaya ada rezeki utk aku disini. dan macam tak percaya juga, pagi tadi pun aku dapat call dari BERNAMA bgtau aku dapat keje kat sana.tp yg tu aku mungkin tpaksa tolak sbb aku terima yg ERL ni.lagipun BERNAMA tu agak jauh dari umah aku dan sbb2 lain.

emm esok aku kena g hospital utk wat medical check up. InsyaAllah mungkin bulan depan aku dah stat keje.aku akan wat yg tbaik dan aku harap ini akan menjadi titik permulaan utk aku sbb aku nak bantu dan ubah keluarga aku pada tahap yg lebih baik lagi..insyaAllah


hmm petang tadi lepas ambik mak aku balik dari keje, kami singgah jap kat bazar ramadhan. baru hari ni berpeluang nak singgah cuci mata kat sini hehe.banyak gak gerai2.aku juz beli
air tebu, satey, rojak pasembor ngan kuih kasturi. beli sikit2 je. lagipun adik aku takde kat umah..tak elok membazir.nanti jadi besfren syaitan.nak ke??


lepas solat maghrib siap2 g surau lak sbb nak solat tarawih.
rupanya hari nie imam juz buat 8 rakaat je sbb ada Tazkirah Ramadhan.. banyak gak pengisiannya.. hmm teringat kata2 seorang ustaz yg jika kita tak dengar ceramah agama lebih dari 40 hari lamanya, hati kita boleh mati...

hmm itu sahajalah cite aku utk hari ini. selagi aku boleh tulis aku akan coretkan dlm blog aku ni. nanti takut2 akan datang aku makin sibuk lak.tp InsyaAllah aku akan cuba gak luangkan masa k..
Wassalam.. (^_^)

Monday, August 24, 2009

Hari ke-3 Ramadhan

gambar hiasan je..

dah masuk hari ke tiga rupanya kita berpuasa ye.tapi tak tau kenapa di area rumah aku ni dah macam nk raya la pulak.bukan sbb apa..,tp disebabkan dgn bebudak yg dok main mercun, bunga api n meriam sana sini.meriam?? ha itula..macam kat kg la pulak suasananya.nak kata dah dekat nak raya lambat lagi..haihh..

entah dorang dapat kat mana buluh tu.ke guna benda lain utk wat meriam tu cam batang paip. haihh bebudak zaman skrg cam2 alternatif dorg ada utk buat meriam ek.bahaya pun ada.

yg tak tahan sbb bunyi yg terlalu kuat sgt dek mercun tuh.nak solat tarawih pun rasa tganggu.isk dorang ni..entah mercun jenis apalah yg dorg main.


hmm dulu masa zaman aku kanak2 rebena dulu mmg ada gak main bunga api n mercun ngan kawan2 dari 1 kampung hehehe. ala masa tu bebudak lagi..sek rendah. mestila semangat tu ada kan..eceh... tp takdela main mercun yg bahaya2 tu.hmm bukan sume bahaya ke??

emm dulu bunga api yg popular yg warna merah tu la..tak ketahuan la pulak pe nama dia.tp sampai skrg still ada.then tak lupa juga bunga api kucing yg buat dari besi tu..ingat lagi tak??
ala yg kalu kena kat tgn pun tak sakit tu. tp jgn le dok pegang besi dia.then bunga api yg paling best yg ada kuar 3 kaler tu.kalu tak salah memula warna hijo...pastu kuning..then last warna merah.. eh betul ke susunan dia ni..pandai2 je aku nih..emm cam kaler lampu isyarat la pulak ek hehe..
MySpace


mercun?? adala juga main..tp yg bese2 je.yg aku stil ingat mercun roket, mercun naga yg bola kecik2 warna warni tuh,mercun gasing yg berpusing2 tuh..then mercun mancis..lagi pe ek..haa..mercun lebah..yg boleh terbang n kejar org tu hehehe. aku la tuh salah sorang mangsanya yg penah dikejar.
MySpace
kalu kat kg lagi bes sbb boleh main ngan sepupu2 sume..yg bes sbb abg sedara dok belikan la..then bila tgk dorg main meriam.

kami yg bebudak ni tgk dari jauh sambil tutup telinga je la ehehe.


fuhh panjang pulak cite aku ttg mercun ni ek.tadi asal cuma nk kata ttg bebudak kat umah aku ni dok main mercun. dah berjela2 lak citenya...


hmm pagi tadi aku pegi bengkel moto sbb nak hantar skuter aku. ada masalah tang batery dia.nak tak nak tpaksa la beli batery baru hukhuk.baru je nk bjimat cermat.tp takpela, kesian kat sco0t aku tu.selagi dia tak ok selagi itulah hati aku tak lega tau.oklah sampai sini shj.ada masa nanti aku tulih blog lagi ye. tata..
MySpace

Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan..




Alhamdulillah..,

Ramadhan yang dirindui dipertemukan kembali..

"ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna.Agar dapat ku lalui dengan sempurna.."

terasa syahdu masa solat tarawih beramai2 mlm tadi.ramai juga org yang datang termasuk kanak2...Alhamdulillah..

em semalam aku de final interview ngan CEO ERL.memula mmg terasa gementar gak la sbb nk jumpa bos besar ERL. tp Alhamdulillah semuanya ok.aku harap ada rezeki disini.tengah tgu call minggu depan. masa kat KL sentral tu mmg tgk semua org dok pakai mask.yela utk elak dari H1N1 kan. isk nape lah aku tak pakai ni.oh ye, kalau tak adik aku dari UPM balik umah smlm sbb nak sama2 menyambut bulan Ramadhan tp nampaknya terpaksa tunda n balik pagi ni. jadi malam tu hanya aku n mak sahaja yg g solat tarawih bsama kat surau tempat tinggal aku ni.
tgh malam tu pula aku dok sibuk masak utk sahur nanti.sbb bangun sahur nanti mmg tak sempatnye nak masak2 ni kan hehe.

hmm entah nape semalam aku rasa cam sebak sgt.entahlah aku pun tak tahu sbb apa.mungkin sbb kedatangan bulan Ramadhan.mungkin juga krn pemergian Arwahyarham Ustaz Asri.. tambah lepas tgk tribute kat tv3 "ustaz asri dalam kenangan".. tapi aku juga tumpang sedih lepas mendengar berita yg mendukacitakan dari kawan aku ttg abangnya yg sakit. Ya Allah besar betul ujian n dugaan yg dia terima. aku harap dia semakin sembuh dan aku harap kwn aku dan keluarganya bsabar dan tabah menghadapi semua ini. aku faham rasa sedih itu..sbb aku penah rasa dulu macam mana rasanya bila keluarga yg kita sayang sakit. Alhamdulillah kwn2 dan org2 yang rapat byk bagi aku sokongan krn aku hampir rebah, tambah masa tu aku masih lagi belajar di UPM.
aku tahu ini merupakan ujian dari Allah. Allah tak akan menguji hambanya melebihi kemampuan hambanya itu sendiri. sbb dia tahu kita boleh pikul dan hadapi lah maka diberikan ujian itu. aku mmg pegang kata2 ini. sesungguhnya ada hikmah yg tersembunyi semua ini.. semoga kita tabah menghadapi

"Tidaklah seorang muslim tertimpa kesulitan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan dan duka cita sehingga duri yang menusuknya kecuali Allah akan menjadikan itu semua sebagai penghapus dosa dosanya"
(HR. Bukhari dan Muslim)

"Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan"
(Q.S. An Nahl: 96)


Thursday, August 20, 2009

Dunia Robot..

smlm aku tgk cite Artifial Intelligence kat tv2. mmg sgt2 menyentuh hati. cerita ni mengisahkan seorg budak lelaki yg sebenarnya merupakan sebuah robot yg telah dicipta dgn main objective utk memberi kasih sayang terhadap individu yg menjaganya.


dlm cite ni, mengisahkan kasih syg seorg anak terhadap ibunya walaupun dia hanyalah sebuah robot .pendekkan cite, satu hari si ibu terpaksa meninggalkan david (nama robot tu) bersama teddy (si patung yg pandai berkata2, bjalan n sume) di dalam hutan kerana tak sanggup melihat david dimusnahkan di kilang tempat dia dicipta.so bermulalah adventure david bsama teddy utk mencari pari2 biru bagi menukarkannya menjadi real boy supaya ibunya menyayanginya spt anaknya sendiri setelah mendengar cite dongeng pinocchio dari ibunya satu ketika dulu.


hai cute betul si teddy ni..kan bagus klu aku ada patung gitu MySpace

rasanya tak perlulah aku bgtau jalan citenya lebih lanjut sbb ramai dah tau kan.emm agak2 perkara macam dlm cite tu logik tak? bagi aku sume tu tak mustahil akan datang kerana semakin hari teknologi semakin canggih.contohnya macam yg bole kita lihat di jepun, mmg dah banyak robot yg telah bjaya dicipta walaupun masih lagi belum secanggih cite yg telah digambarkan diatas.


salah satunya ialah robot yang dikenali sebagai Saya ciptaan Jepun yg merupakan hasil kajian selama 15 tahun oleh Profesor Hiroshi Kobayashi dari Universiti Sains Tokyo, Jepun. Saya ditempatkan sebagai penyambut tetamu selepas dia tamat bertugas sebagai guru di universiti itu. Di dalam kelas, Saya yang diprogram dengan pelbagai bahasa, berupaya memberikan tugasan kepada pelajar selain memarahi pelajar jika mereka membuat bising.


robot teacher tgh mengajar dlm klas. agak2 kalu letak satu kat sekolah dlm m'sia ni bkesan tak. rasanya mesti cepat rosak kan sbb jadi bahan exprerimen anak murid hehe

MySpace

emm oklah arini kita blaja fakta sikit. apa yg kwn2 tau ttg Artifial Intelligence ?

Artifial Intelligence atau Kecerdasan Buatan ni menurut definisi dibawah ialah :

H. A. Simon [1987] :
“ Kecerdasan buatan (artificial intelligence) merupakan kawasan
penelitian, aplikasi dan instruksi yang terkait dengan pemrograman
komputer untuk melakukan sesuatu hal yang -dalam pandangan
manusia adalah- cerdas”

Rich and Knight [1991]:
“Kecerdasan Buatan (AI) merupakan sebuah studi tentang bagaimana
membuat komputer melakukan hal-hal yang pada saat ini dapat
dilakukan lebih baik oleh manusia.”

Tujuan :

1.Membuat mesin menjadi lebih pintar (tujuan utama)

2. Memahami apa itu kecerdasan (tujuan ilmiah)

3. Membuat mesin lebih bermanfaat (tujuan entrepreneurial)

hmm kalau nak tau lebih lanjut, sila2 la baca di tnet ye..tak rugi utk tambah ilmu pengetahuan

~~~~~~~~~~kata aku~~~~~~~~~~~~

tp mmg tak mustahil pun dgn teknologi yg ada. mmg dari dulu lagi kalau kita baca dlm buku doraemon pun mmg boleh kata byk alat2 dari poket doraemon mmg akhirnya benar2 wujud skrg. nampaknya doraemon ni pun byk gak beri sumber inspirasi kat sume ye..tmasuk aku hehe..

p/s: teringat lak cite dalam salah satu buku doraemon dunia robot dimana robot akhirnya ingin menakluki manusia..mungkinkah terjadi? haa mulalah nak mengarut nih...haiih

Monday, August 17, 2009

bai?? bye??

hmm malam yg sungguh tenang..suasana selepas hujan yg turun agak lebat pada siang hari hingga ke malam betul2 membuatkan suasana dingin..sejuk..ditambah dgn nyanyian si katak berirama yg bersahut sahutan diluar..huuihh ayat aku nih..
MySpace
malam ni mood rasa nak tulis blog sambil2 tgk cite p ramlee. teringat sebelum ni kawan aku, adila de cite balik sesuatu yg kelakar ttg kami..ohh mybe de kaitan dgn nama aku..BAIZURA. skrg ni sume kwn2 aku panggil aku dgn nama panggilan bai.mmg nama tu yg aku akan perkenalkan kalau org tanya aku nak panggil ape. zura?? ohh noo noo..aku tak berapa gemar org panggil aku zura. nape?? hmm sbb nampak cam manja sgt plak nama tu.hehehe jadi jgn panggil saya zura ok.
"
"
"
sebelum ni org panggil aku nor..masa zaman muda2 dulu. actlly nama tu still digunakan utk org2 yg mmg dah kenal aku dari kecil lagi.bebudak ngaji pun sampai skrg still panggil aku kak nor lagi. kalu kat upm lak sume adik2 tu panggil aku kak bai. hehehe lain plak kan.tapi walaupn nama panggilan dah tak sama.. aku still macam dulu juga..tak berubah. sbb de seseorang dari kisah silam penah kata aku dah lain..dah ada kwn2 baru, rumah baru..sume baru2..yg dah lama sume dah lupa. hmm kte tak penah pun lupa sbnrya..
"
"
"
oklah, sambung balik cite.masa cuti hari tu, kawan aku adila bcuti di rumah aku utk 2 3 hari.
ada satu hari tu, kitaorang pegi kedai jap sebab nak beli barang dapur.kebetulan kedai yg ala2 supermarket tu mmg ada ramai pkerja bangla. then masa aku tgh kusyuk belek2 barang, adila yg berada jauh di belakang aku tuh cakap kuat2 " bai!! yang mane nie ?? " dan belum sempat aku nk menyahut, pkeje bangla tu cepat2 g kat dila. " ya akak, apa macam brg mau cari? " kwn aku dh tpingga2.pastu terus gelak2 besau.."bukan2...saya nak panggil kawan saya bai.. " hehehe~ sekali bai yg betul2 dtg daa.. yela bak kata bahasa hindustan bai =baiya= abg (fuhh berbaloi gak aku tgk cite hindustan tu ek)
so sbb tu la abg bangla tu cpt2 datang kat dila ble dila panggil nama aku bai..hehehe
"
"
"
oklah mmg ada sedikit kekeliruan kalu panggil nama bai. antaranya bile org nk say gud bye kt aku. cth cam " bye bye bai.." " bai! bye bye" dan itu belum lagi bile tah sape2 sebut2 bye2 ni n mesti wat aku pandang2 utk kepastian.mane la tau kot2 ada org yg panggil aku ke kan.haiih payah gak nih.tak ke sama je sume bunyinye tuh..huhu
tapi takpe..saya suka dgn nama saya..baizura..
dan mcm biasa aku akan cakap "bole panggil bai je"
MySpace

Sunday, August 16, 2009

Who Want's To Be a Trilllionaire..

hari ni macam biasa, aku mmg tak ke mana2. hari ni aku dok sorg2 je kat umah.mak n makngah keluar shopping hehe.actlly mak aku teman makngah aku g beli barang kt puchong.aku?? hmm rasa malas lak nak ikut.baik aku buat keje umah je apa2 yg patut. lgpun aku nk menyahut seruan kerajaan utk m'kuarantinkan diri di rumah..huhu yela tuh...
MySpace
ohh tadi masa kemas2 umah, tetibe aku tjumpa balik buku majalah sekolah zaman dolu2 tu.selak punya selak..aiseh terjumpa lak karya yg aku pernah karang sendiri huhu.bukan cetak rompak tau.idea sendiri nih.oklah aku selitkan utk blog aku hari ni.tak taula bes ke tak hehhe.
"
"
~~~~~~~~Al-Kisah~~~~~~~~
"
"
Jalaludin : Ya, bersama saya lagi, Jalaludin Basan dalam "Who Want's To Be A Trillionaire. kita jemput peserta kita, ya..Mr.Nick yang telah memenangi wang sebanyak RM500,000 dan kekal satu talian hayat sahaja iaitu rakan telefon.Ya,kita teruskan dengan soalan yang berharga satu..juta..ringgit. Anda sudah bersedia Mr.Nick?
Mr.Nick : Ya, saya bersedia.
Jalaludin : Soalannya ialah..."Apakah gelaran yang secara lazimnya diberikan kepada isteri anda punya emak punya nenek? "
A: Makwe B: makcik
C: Moyang D: Mak Mertua
Mr.Nick : Err..susah nak jawab tu.
Jalaludin : anda boleh menggunakan talian hayat anda yang terakhir.
Mr.Nick : Ok. saya nak guna talian hayat saya yang terakhir..., rakan telefon.
Jalaludin :Ya.. bijak sekali!!. Mr.Nick hendak menggunakan talian hayatnya yang terakhir iaitu rakan telefon untuk menjawab soalan satu..juta..ringgit. Saya akan cuba menelefon kawan Mr.Nick iaitu najib dengan menggunakan telefon bimbit GIGI 100 (sambil meraba-raba poketnya).
Alamak!!, telefon bimbit tu tertinggal kat rumah pulak...macam mane ni??!
Mr.Nick : Err..takpe..takpe, saya ada bawa telefon.
Jalaludin: Er..oklah, saya pinjam.
(Jalaludin Basan pun mendail nombornya)
Tut..tut, tut..tut..
Najib : Hello, Era Rentak Muzik terkini... *promosi Radio Era 'Jawab dan Menang'
Jalaludin :Err..Najib, nie bukan Radio Era,tapi saya nie Jalaludin Basan dalam rancangan 'Who Want's To Be A Trillionaire.'
Najib : oh..ye ke??
Jalaludin : Rakan anda iaitu Mr.Nick ingin meminta pertolongan anda untuk menjawab soalan yang bernilai satu..juta..ringgit. Ingat,anda cuma ada 30 saat sahaja. Baiklah, saya serahkan talian ini kepada Mr.Nick.
Mr.Nick : Err..Najib, kau tahu tak apa jawapan...
Najib : Wei Nick, kau masuk tv tak beritahu hah!! apa punya kawan la kau nie.
Mr.Nick : Sorrylah Jib, aku telefon kau semalam. kawan kau kata,kau tido...aku tak maulah kacau daun.
Najib : Ooh, ye ke...kenapa..tut..tut..tut...(talian terputus)
Jalaludin: Oh nampaknya masa yang diberi telah habis.. tapi kenapalah korang bersembang pulak..?? Hmm..takpe,anda boleh pulang dengan wang Rm 500,000 sahaja.
Mr.Nick : saya tak nak..saya nak SEJUTA!!
(Tiba-tiba, seorang pemuda masuk dan membisikkan sesuatu kepada Jalaludin Basan.lalu pemuda itu pergi)
Jalaludin : Err..Mr Nick, nampaknya cerita Who Want's to be a Trillionaire kena berhenti sekarang. duit sejuta tu takde. Al-maklumlah..hutang tengah melambak-lambak tak bayar nie..Err tahun depanlah ya.. hi..hi..hi
Mr.Nick : Pulak....!!?
Penonton di Rumah : Loh...., cerita ape pulak nie..!!!?
"
"
dah habis...ok.. sekian time kasih..MySpace

Saturday, August 15, 2009

Tanda-Tanda Kecil KIAMAT

Telah dinyatakan bahawa tanda-tanda kiamat adalah petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya hari kiamat dan bakal menyusul pula tanda-tanda kiamat besar. Sebahagian ulama telah mengira tanda-tandanya dan menemui lebih 90 tanda walaupun berbeza menurut para penghitungnya.
"
"
Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis iaitu sabda Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.
"
"
Tanda-tanda menurut dalil
"
"
Penaklukan Baitulmuqaddis
“ Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari”
"
"
Zina bermaharajalela
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim "
"
"
Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
Bermaharajalela alat muzik
“ Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah”
"
"
Menghias masjid dan membanggakannya
“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid"
- Riwayat Nasai. ”
"
"
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
“ Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga."
- Riwayat Ahmad dan Hakim ”
"
"
Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukanRamai orang soleh meninggal dunia
“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran
- Riwayat Ahmad ”
"
"
Orang hina mendapat kedudukan terhormat
“ Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia"
- Riwayat Thabrani ”
"
"
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad ”
"
"
Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
“ Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
"
"
Bulan sabit kelihatan besar
“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani ”
"
"
Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“ Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim ”
"
"
Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
“ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad ”
"
"
Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim ”
"
"
Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
“ Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari ”
"
"
Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“ Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai ”
"
"
Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan".
- Riwayat Tarmizi ”
"
"
Memandang rendah kepada darah
“ Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang bodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya."
- Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad
"
"
Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
"Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'"
- Riwayat Bukhari dan Muslim”
"
"
Banyaknya berlaku gempa bumi.Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan.Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
“ "Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan
- Sahih Bukhari”

suatu peringatan..


hmm...jam 8 malam tadi aku tgk berita hari ini shj dah genap 56 org yg meninggal disebabkan H1N1 dan rata2 pemimpin menyatakan kebimbangan kerna kian hari angka yang menjadi korban semakin meningkat.itu belum lagi dicampurkan dengan angka yg menjadi korban satu dunia.dan angka ini semakin hari makin meningkat.dalam hati aku pun dah tercetus kerisauan melihat sume ini.sesuatu berkenaan Peringatan!


Sedikit info yg aku petik dari sebuah artikel ada mengatakan

"Kebanyakan kes selesema babi yang disebabkan virus H1N1 ini menggabungkan genetik babi, burung dan manusia.dan diantara gejala dan tanda jangkitan virus itu adalah demam, batuk, sakit badan serta susah bernafas, selain dikesan berlaku di kalangan mereka yang mempunyai kaitan dengan ternakan babi. Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi virus babi itu dan belum jelas bagaimana virus selesema manusia sekarang ini dapat melindunginya. Saintis mengatakan ia penemuan sejenis virus baru dan ia boleh merebak daripada manusia kepada manusia."


Maka benarlah ia merupakan tanda-tanda akhir zaman dan alam ini menghampiri ke penghujungnya. Sesuatu benda akan pasti mati dan musnah dan alam ini pasti juga musnah. Tanda-tanda kiamat kecil sudah ada kesemuanya, yang belum muncul hanyalah tanda-tanda besar. Ini adalah peringatan dan pengiktibaran kepada semua umat manusia supaya kembali kepada Islam yang sebenarnya.


Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa dunia ini telah hampir akhir zaman bahkan Baginda mengumpamakan seperti seorang yang terlalu bongkok. Tentang fenomena alam yang terjadi dan penyakit-penyakit ganjil (seperti Coxsackie, JE, SARS, Selsema Burung dan kini Selsema Babi pula) disebutkan oleh Rasulullah SAW sebagai tanda-tanda qiamat.


Dari Ibnu Umar Rasulullah SAW bersabda;
Bagaimana keadaan kamu ketika lima perkara berlaku di kalangan kamu, dan aku berlindung dengan Allah dari terjadinya perkara itu kepada kamu atau kamu sempat menempuhnya. Tidak timbul kemungkaran di kalangan satu-satu bangsa melainkan mereka melakukannya secara terang-terang, akan timbul penyakit taun dan penyakit-penyakit yang tidak pernah ada terhadap orang-orang sebelum mereka (penyakit ganjil).”
(HR: Ibnu Majah)


hmm bila renung2 kembali..saban hari bila melihat berita, mmg dah banyak sgt kita lihat dan dgr kejadian spt berlakunya gempa bumi, banyak berlakunya huru-hara yang menyebarkan kejahatan,banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan..lebih tragis baru2 ni ttg penemuan mayat bayi yg ditemui mati di tandas sekolah agama baru2 ini. rasanya ada 2 kes baru2 ni dlm masa yg terdekat.isk camne mereka bole tergamak buat macam tu.sedangkan haiwan pun sayangkan anaknya. inikan pula kita manusia yg diberikan akal fikiran.

Ya Allah, dunia akhir zaman yg membuatkan aku t'kesima dan m'insafi diri.terlalu byk kemungkaran, kezaliman disana sini. mungkin Allah menurunkan bala ujian dan musibah bserta wabak penyakit ini sebagai peringatan dariNya akan kekuasaan Allah. beringatlah kita.


hmm oh ye, dalam next post aku nanti akan aku selitkan artikel ttg tanda-tanda hari kiamat utk renungan kita semua. sebelum ni mmg dah lama aku nak masukkan dalam blog aku tp asyik tlupa je. semoga apa yg baik akan dapat kita kongsikan bersama..



“Demi masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

Wednesday, August 12, 2009

doraemon oh doraemon..

taraaaa...
nampak tak buku tu? buku apakah itu? hmm pandai pun..... buku doraemon la.
aku ni mmg dari zaman kecik2 dulu suka sgt ngan kucin biru yg takde telinga tu..doraemon la..tapi takdela sampai fanatik sgt sampai sume benda n koleksi dia aku kumpul.. actlly de gak bantal doraemon hadiah dr adik aku hehe .kawan2 aku pun ada yg kata perangai aku cam doraemon gak..tang mane tu ek..jgn kata bulat! dan ada yg kata "bila tgk doraemon teringat kat awk.." heehhe

masa dolu2 aku ada buat perpustakaan mini tau. tp yg besnya bukan shj ada buku2 ilmiah,tp buku2 komik pun ade gak cam doraemon,KAWAN, lagi pe ek..lupa lak.boleh kata perpustakaan aku mmg dapat sambutan bukan shj dari budak2 (cam aku bkn budak2 gak je dulu hehe) tp ngan mak n ayah mereka2 juga tau. siap support belikan buku lagi tiap bulan. aku pun mmg de kutip yuran setiap bulan..ala 50 sen je sebulan..untung tau..sbb hasil dari jumlah duit tu aku wat modal utk belikan macam2 buku..dan kita sume share baca buku sama2..tak payah kuar duit byk2 kan

MySpace

aku mmg tak ambil pe2 untung pun.juz for fun je.yg bes aku siap wat lencana khas utk sume pengawas perpustakaan lagi (jgn main2..de pengawas gitu..) dan setiap user yg nak pinjam tu ada kad masing2..dan proses pinjam meminjam sama cam kat perpustakaan sebenar sbb de cop sume.aku gunakan pengalaman aku sbg pengawas perpustakaan masa sekolah.

haiii rindu betul masa tuh. tapi ada gak kesannya....sbb byk buku doraemon kesayangan aku tu rosak la..koyak la dan yg paling sadis hilang terus dari bumi yg fana ini hukhuk..sbb tu tinggal sikit je koleksi.byk yg aku beli for 2nd time.takpela..budak2 kan... kalu nak buat lagi skrg? ooh nooo noo...

MySpace



bed time story..


haiih skrg jam dah menunjukkan jam 1.10 pagi.tapi tah nape mata ni cam tak bole nk tido lak.pikir psl ape ni sebenarnya.ke sbb hati n otak rasa serabut huhuu~ hari ni ada berita sedih.tp tak perlulah aku ceritakan disini.semoga aku tabah dan sabar menghadapi semua ini.


apa yg aku buat hari ni?well..cam biasa je..kemas2 umah..lipat baju..masak..

actlly aku tgh tggu call dari ERL sbb minggu ni sepatutnya ada final interview dgn CEO ERL plak.jumaat lepas baru je present system kat mr Alex (bos IT dept) utk interview aku yg ke-3 aritu. rupanya ada 2 org shj yg bjaya shortlist utk present system tmasuk aku.dan mereka hanya hendak sorg shj utk isi jawatan tersebut.aku tak nak la terlalu mengharap sbb dah byk kali mengharap kat tempat2 lain tp akhirnya...hmmmm... mungkin belum rezeki aku lagi. takpe chaiyok chaiyok baizura!!
MySpace


oohh ye nampaknya tinggal beberapa hari shj lagi kita semua akan menyambut bulan Ramadhan kan.rindunya rasa.. kalau kat sini mmg dah terasa suasana bulan ramadhan dah.

mak ada hadiahkan aku telekung baru2 nie.soo sweet..suka sgt2. bulan Ramadhan nanti baru aku pakai..ambil berkat.. :)

Sunday, August 9, 2009

mY Convocation!

Alhamdulillah..
smlm, 08.08.2009 merupakan hari bsejarah bagi aku..mY Convocation day!..
aku punya sesi 2 iaitu pada sebelah petang.hari tu mak,adik n makngah aku shj yg dapat hadir. kami btolak awal ke UPM dan tumpang jap kat bilik kwn di kolej aku dulu, kolej canselor..

masa tu adila, mak n adik dia pun mmg dah ada dlm bilik.jauh tau.. dtg dari tgganu.
pendekkan cite, lepas zohor aku n dila cepat2 btolak ke dewan.jalan kaki je..
teringat lak dulu masa time diploma pun kitaorg bjalan camni gak.masa tu blari2 nak ke dewan sampai urus setia dah jerit2 suruh cepat2 hehe.tu dulu la.. :P
"
ok nk share pic sikit..
"
"
time dalam dewan. dari kiri fae-adila-aku- actlly kamera n video tak bole bawa dlm dewan.ni pun curi2 ambik guna hp hehe.

me n adila..

kami lagi...haaih..

4 org sekawan! adila-aku-anis-fae- kami mmg geng dari zaman diploma lagi.teringat lak dulu apa2 projek,assignmt n aktiviti cam g camping ke..kami tetap kekal dlm geng huhu

me n fae..haihh kitaorg asyik bgambo depan tangga je..nk wat camne masa dah suntuk sgt.dila dah kemana menghilang.

ngan adila pula.masa ni fae lak menghilang hehe.actlly dia dh bsama family dia daa :P

bgambar ngan ibu tersayang!

Majlis Konvokesyen ke-33 UPM .

Di belakang tabir : nk bgambo kat sini kena gilir2 tggu turn tau..ramai lak tu.. haihhh

ngan adik n mak.. isk kaco lak org kt belakang tu..rosak gambar saya..

n last picture...

"

"

"

taraa.....che cam suspen je..

it's me lah! baizura.. (kalu kenal le hehe.. :P )

eh belum abis lagi la...de satu lagi nk tunjuk...

video time dlm dewan daa..record guna hp je..

ok sekian shj coretan utk majlis konvokesyen kali ini. Alhamdulillah syukur sgt2.. Tahniah juga utk semua teman2 ye..(^_^)

Saturday, August 1, 2009

video@YADIM

ni antara koleksi video yg aku ada masa wat praktikal di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 12,2005 - 04,2006.sebenarnya byk lagi.tp aku juz upload satu je ye..

masa ni aku tlibat ngan Seminar Tajdid Pemikiran Islam di Pan Pasific, KLIA sbg sekretariat program. masa tu Tun Dr Mahathir pun ada untuk merasmikan. yg besnye sbb dapat gak merasa tido kat hotel 5 star tu ye hehehe :P

maaf kalau video nie agak panjang..manala tau kot2 penat nk tgk hehe

cheers KC @UPM

uihh ni pun video kenangan ni.. masa ni aku masih lagi di semester 1 kat UPM.. masa minggu orientasi, sume kolej kena kena lawan dlm macam2 game antaranya pertandingan cheers.

aku pun tlibat ngan cheers ni heehe. semangat betul kami masa tu! muka pun kena celoreng2 ala2 askar.terasa jadi kanak2 rebena sekejap masa ni..hihihihi tp yang pasti, kolej kami..KOLEJ CANSELOR menjadi juara!! fuhh mmg berbaloi kitaorg wat latihan hari2. bak kata amy search.."Berbaloi baloiiii..." :D