Pages

Wednesday, August 24, 2011

Selamat Berpuasa & Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Assalamualaikum semua..

fuhh..memang dah bersawang lagi blog aku ni rupanya ..MySpace

opppss rasanya masih tak terlambat lagi kan nk wish
selamat berpuasa kpd kengkawan semua dan selamat Hari Raya yg bakal menjelang nanti.
Actly aku sekarang kat ofis.
semua keje mestilah dah siap barula boleh nak tulis blog kan hihihi..
MySpace


sekarang ni kat ofis semua orang dah mood nak raya dah. sana sini semua pasang lagu raya.rasanya semua orang badan sahaja ada di ofis tapi fikiran semua dah sampai kampung...or bole jadi jalan TAR...

hehehe aku la tu..  MySpace

emm tahun ni insyaAllah adalah tahun terakhir aku berpuasa n bhari raya dengan status solo. Tahun depan InsyaAllah pada awal tahun depan aku dah bergelar isteri orang..dan berpuasa n berhari raya pun dah berdua hihihi~
next time mana tau bertiga plak kan..ececehh...MySpace

Tahun ni memang tahun yang sangat2 membahagiakan aku dan keluarga aku. mak n adik aku pun macam hapy je sejak aku dah nak kawen ni. masing-masing teruja nak buat persiapan kahwin aku nanti. lagi2 adik aku la..dah semangat nk hias2 barang hantaran semua.

sekarang ni adik aku mmg duduk kat rumah je. baru lepas abis belajar kat Maktab Perguruan kat Jitra tu dan sedang menunggu untuk posting. harap adik aku posting dekat KL juga la nanti. kalau jauh2 siapa nak tolong2 aku nanti buat persiapan semua huhu

sehari sebelum puasa hari tu, aku n si dye sempat lagi pergi ke nilai untuk beli barang persiapan kahwin semua seperti dulang bekas hantaran, beg cenderahati, bungga manggar, barang2 perhiasan.penuh kereta kami dengan barang2 tu hehe.
seronok betul jalan2 sambil shopping kat sana. tak sabar pula nak pergi lagi hehe.. MySpace

aku sebenarnya nak upload gambar tapi semua gambar ada kat dalam hp aku lak. kabel USB pula dekat rumah. em takpela next time aku upload gambar ek..

Hari Raya kali ini pun meriah juga sebenarnya sebab pada 17/09/2011 ini ada majlis merisik aku.
ok..saya sangat berdebar!! MySpace

lepas raya ni kami dah kena start balik uruskan persiapan majlis kahwin kami. Dewan pun aku dah booking. Alhamdulillah..lega ckit dah selesai book dewan. Then lepas raya nanti kami nak booking katering n butik pengantin lak untuk baju dan pelamin.
kami buat majlis sederhana sahaja sebab tak nak membazir. Yang penting majlis perkahwinan dan pernikahan kami diberkati Allah. Itu yg paling penting.. :)

oklah nanti kalau ada masa lagi aku update blog...dan aku akan cuba untuk upload gambar2 untuk semua yek...

babai! MySpace