Pages

Sunday, November 29, 2009

mood..mood...no mood

Assalamualaikum sume..
"
"
haii malasnya rasa nak tulis blog arini heheh.rasanya lewat gak kali ni aku update blog kan.hmm mungkin sebab sibuk ngan keje kot.dah la skrg ni aku tgh penin nak solve error yang ada kat system yg aku handle tu huhu.yela bab2 programming mmg gitu.sampai tbawa2 dlm tido.haiih teringat plak masa zaman2 aku study dulu..macam ginilah.mana tak nye sebab kena wat assignment utk subjek programming..dok pikir macam manalah nak wat coding tuh.fuhh sampai terbawa dalam mimpi tau buat coding..haha..
MySpace
"
"
tapi selalu time2 dalam mimpi la aku dapat ilham macam mana nak solve coding tuh.tak pun time mandi hehehhe. macam pengakuan mangsa daa..
"
"
kan bagus kalau aku pun dapat mimpi soklan apa yang kuar dalam test..haha
MySpace
"
"
"
haihh banyak laa bil elektrik aku bulan ni...
"
"
aku sambil2 tenguk tv ni sambil2 on tnet gak.. apa nak buat..
bole kata lama gak aku tak online ni sejak cuti aritu.yela sibuk sikit kat umah heheh.lepas tu kuar ngan adik beli barang sikit.lagipun banyak benda gak nak buat time2 raya aritu.
eh bila sebut tentang raya aku tlupa plak..rasanya tak terlambat lagi kan utk aku ucap
"Selamat Hari Raya Aidiladha"
kepada kengkawan sume. lupa plak nak bagi post ttg hari raya aritu.
"
"
tapi kat facebook sempat plak.. MySpace

Sunday, November 22, 2009

patrick ohh patrick..

ok..aku mmg suka tenguk cite spongebob n kwn dia si patrick kat tv9 ni.tapi takdela sampai fanatik sangat.juz for fun je.bagi aku kadang2 bila tenguk cite katun nih mmg boleh hilangkan tension kan.betul tak? tapi skrg mmg dah tak dapat la nak tenguk kat tv9 sebab dah keje.
emm aku pun de belikan gak patung patrick utk adik aku masa besday dia.tak tau nape dia sukakan patung patrick nih.adakah sebab perutnye yg bulat...
actually bes gak klu peluk hehehe :P
"
"
besday gift..patrick utk adik..n yg box tu for my mom..
"
"
skrg nih dah jadi cam baby plak aku tgk si patrick nih. siap dipakaikan baju ngan adik aku lagi tau.
haa tgk sweater aku si patrick yg pkai. ok nasib baik comel...



tp aku pun sama.....suka patrick.. :P


p/s: dah takde idea nak tulis blog daa..... MySpace

Pizza Hut@Family


cuti hujung minggu aku, mak n adik pegi jalan2 shopping@ mid valey. mmg dah lama tak kuar sesama gi mid. yelah asal aku free nak kuar sesama adik aku pula ada test la..kena wat projek la..then bila yg lain free aku pula yg demam.. tangguh punya tangguh baru kali ni dapat spend time sesama tau.

"
ok nak share picture sikit..

"
jalan2 cari makan@ pizza hut..
"
"

pizza..

ni adik aku yg order.lupe plak pe nama menu nih..


haha tengah lapar nih mane ingat nak pandang2 kamera..huhu


adik aku..



me n mom.. :)

Silat@RumahKu

masa tengah tgk tv kat umah malam2 tetibe aku terdengar riuh2 rendah kat luar..
aikk..pe benda tuh..
"
"
sekali bila tenguk kat luar tingkap tetiba ternampak sunguh ramai orang kat kawasan permainan depan umah aku nih. oooohh rupanya bebudak nih tengah berlatih silat daa.. bagus2.. aktiviti camni mmg patut dibuat. yelah daripada dorang dok lepak buat perkara yang tak berfaedah cam dok lepak main gitar sambil nyanyi lagu sampai tengah2 malam cam yang selalu aku dengar kat bawah umah aku nih, lebih baik dorg join aktiviti yg sihat gini.
"
"
kalau tak salah..yg ni silat gayung. dari yg aku dengar la.aku dulu penah join silat gak..silat kuntau selendang merah masa zaman2 sekolah dulu.tapi sempat blaja bunga jek..eerrk
MySpace

Training 4 new staff..

minggu lepas aku tak sempat nak update blog.emm jumaat lepas aku kena handle training utk new staff utk ajar sistem yg digunakan disini. Alhamdulillah..lepas gak hehehe.
actually banyak gak aku kena blaja maklumlah ni pengalaman pertama aku kena handle benda2 gini. mula2 tu mmg rasa kalut sikit..lama2 baru ok hehehe. apa2pun mmg pengalaman yg best!
"
"
time present..

fokus dengar taklimat..bagus2.. :)


M.E.J.A.A.K.U

colourful..
"
sudut inspirasi aku time keje hehehe. bolela...agak2 kalau time tgh stress tu klu pandang benda2 gini kurang sikit kan tahap keserabutan tu huhu....yeke..??

Tuesday, November 17, 2009

SaBaR itu InDaH..


Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitu aturan Tuhan
Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya
Usah mengharapkan ke segalanya
Dalam perjuangan penuh pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
Begitu ajaran Tuhan

Hasbiallah,
Hasbunallah
HasbiRabbi jalallahu Ya Allah
Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Di dalam jiwamu itu
-by hijjaz-


Emm dah lama aku tak wat post gini. dulu masa aku tulis blog@ friendster aku selalu selitkan ngan lirik lagu. lirik kat atas ni aku ambil dari kump hijjaz.Aku mmg suka sgt ngan kumpulan hijjaz ni.dulu time study aku dok pasang lagu ni la kat walkman sambil2 aku study.rasa tenang je.sekarang aku buat perkara yang sama sambil2 aku wat keje kat sini.


“Jadilah rumput nan lemah lembut, Tak luruh dipukul ribut, Bagai karang di dasar lautan, Tak terusik dilanda badai”

Indah je kata2 tu bagi aku..
sebenarnya ada persoalan dlm diri aku..

Macammana kita nak melawan ketidakadilan yg blaku disekelilng kita? Macammana kita nak bela diri kita dari dipermainkan orang dan diperbodohkan orang? Perlu ke kita melawan balik dengan perbuatan yg serupa? Macam2 yg aku pikirkan.aku luah dekat kawan..aku luah kat diri dan macam2 jawapan yang aku dapat.aku tahu situasi yg aku alami skrg mmg sering blaku dimana sahaja.
hmmm..

Bila dalam kemarahan mmg hasutan syaitan meraja dalam diri. semacam ada bisikan di telinga suruh balas balik perbuatan yg sama macam yang kita terima..

Tapi..

Bukankah kita pun sama sahaja seperti dirinya jikalau kita membalas balik perbuatan seperti itu.apa yang membezakan tindakan kita dengan dia??...

Jangan...

aku tetiba teringat tentang kisah Rasulullah SWT.bagaimana dia diuji..dihina..dicerca ketika berdakwah.
tapi akhlak serta peribadi Rasululah sungguh mulia.dia tidak pernah membalas dengan kejahatan keatas orang2 yang menghinanya hatta sekalipun.
hmm seingat aku begini kisahnya tentang seorang tua yang sering melontarkan najis pada Rasulullah ketika baginda ingin ke masjid. Dan suatu hari perempuan tua itu tidak kelihatan seperti kebiasaannya. Baginda mendapat khabar bahawa perempuan tua yg sering melontarkan najis itu telah jatuh sakit.

Lantas kerana itu Rasulullah pergi menziarahi perempuan tua itu. Perempuan tua itu sunguh terkejut dan begitu malu kerana dia sering berlaku jahat pada Rasulullah namun sedikit pun Rasulullah tidak membalasnya balik. Ya Allah,sungguh mulia peribadi Rasulullah.kejahatan yang diterima tapi kebaikan yang dibalas.

jadi kalau rasa2 tengah marah sangat2 tu ingat2lah.banyakkan istighfar.aku ingatkan diri aku juga. ikutkan apa yang kita lalui ini tidak sesukar apa yang telah dilalui oleh Rasulullah. kenapa kita tidak boleh mencontohi baginda..sifat sabarnya. bila aku fikir macam tu, baru rasa tenang...

ingatlah kelak setiap manusia akan dihitung segala amalan baik dan buruk. Amalan yang baik akan dibalas baik, iaitu syurga, manakala amalan jahat pula akan dibalas dengan azab neraka jahanam.

Firman Allah SWT maksudnya: "Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat dzarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula."

(al-Zalzalah:7-8)



p/s: ingatlah, walaupun orang taburkan duri tapi kita taburkanlah bunga..

Tuesday, November 10, 2009

korang suka ke??

skrg jam menunjukkan kul 1.24 pm. arini aku juz makan roti je.time2 rehat gini bole la klu nak chek2 facebook or blog. klu time keje mmg kena keje.aku tak nak curi2 online time keje. rasa bsalah pulak kalau wat camtu huhu~ aku kan pkeje yg berdedikasi.
haha statment masuk bakul campak laut nih..
MySpace
"
"
arini tak tau nape nak tulis blog time kat ofis.tak penah2 dibuat. sebab boring kot.atau sebab idea cam datang mencurah2..atau mmg jari nie mmg gatal2 nak taip2 hehehe. eh korang suka ke baca tulisan blog aku ni yek? entahlah bila aku baca2 balik aku punya post dlm blogspot ni mmg banyak merepek2 kan.tulis ngarut2 jek.kalau sesiapa yang mmg tak kenal aku tu mesti dh salah anggap character aku ni macam ni macam ni.klu nak tau character aku camne tanyalah kwn2 aku yek hehehe wat iklan cikit :P aku pun main taip je sebenarnya apa yang ada didalam kepala selagi benda tu tak langgar tatasusila diri dan negara. chewah!
"
"
tapi agak2 kalu korang mmg ada ikut blog aku sebelum2 ini di friendster..mmg takde aku tulis2 gini.ayat aku pun lebih dramatis n tersusun di sana. bole pulak kwn aku kata tulisan aku ni jiwang n berbunga2 dlm blog friendster tu..isk..isk..isk.. ok klu nak tau kat dlm blog friendster tu pada mulanya khas utk aku coretkan bab2 agama,bab2 motivasi yg bleh motivate seseorang utk aku share ngan kengkawan sume. mmg selama ini kawan2 aku boleh kata kalau dorg ada masalah dlm sume segi mmg dorang akan datang cari aku n aku akan cuba sedaya yang boleh utk tolong. kadang2 aku tetibe bleh jadi seorang kaunselor yg bagus..kadang2 bleh jadi macam seorang ibu yang sedang menasihatkan anaknya sampai kwn aku bleh kata aku ni macam emak n kadang2 boleh jadi seorang DR Cinta plak bagi kwn2 aku.hehe macam aku ni pakar sgt dalam hal2 nie yek. kadang2 aku pun tak tau camne bleh tkeluar ayat2 yg penuh bermotivasi itu.sedar pun bila tetibe kwn aku kata "haa kejap2..nak salin ayat ko tuh.. bagus nih.." then kalau suruh aku ulang balik pe aku cakap, aku mmg lupe apa yg aku cakap hehhehe.biasala..mestila perkataan tu kuar secara spontan kan.. :P
"
"
tapi aku mmg hargai sgt2 kat kwn2 sume yg sudi gak baca blog aku ni eh.kat blogspot ni hanya tulisan santai2 je dari aku sesuai dengan tema blogspot aku ni
" apabila jari menari di keyboard... " :)
MySpace

Monday, November 9, 2009

Cita2 saya??

jom kita kembali sekejap ke zaman 80'an dahulu...
"
"
"
"
ingat lagi tak masa zaman kecik2 kita dulu2..masa sekolah rendah...masa sume org masih berhingus heheheh..cikgu selalu tanya "hah awk besar nanti nak jadi apa?" lepas tu siap kena ada 3 pilihan pulak tu. ok aku pun dengan confidentnya jawab "1. nak jadi DR, 2.Cikgu.. 3. aiseh tak ingat plak.."
"
"
kalau tanya budak2 lelaki pulak sure dorang jawab "saya nak jadi polis!! bomba!! askar!!"
ok itu jawapan standard..n boleh kata macam skema jawapan pulak kan hehehhe..sebab asal tanya sesiapa pun jawapan dia sure sama. takde pulak nak jawab "oohh saya nak jadi pegawai pemasaran!! programmer!!" aku rasa kalau itulah yg budak2 zaman dulu2 jawab sure cikgu2 tu tkejut.betul tak?? :P
MySpace
tapi sekarang...sungguh lain.budak2 zaman sekarang cerdik2 kan.macam anak buah aku yg belum pun masuk tadika lagi tu tkejut gak aku dengar bila tanya "besar nanti nak jadi apa??" "aiman nak jadi businessman!!" uiihh...adakah benar apa yang aku dengar??
MySpace
"
"
then masa majlis hari raya kat ERL aritu time salah satu contest for kids yang diadakan,bila ditanya soalan yang sama nak jadi apa besar nanti? dengan penuh confident dia jawab
" saya nak jadi supervisor!! " ok...rasa tkejut pulak ngan jawapan yang diberi oleh budak2 zaman sekarang nih. mungkin kesan lepas makan CalciYum kot lalala~
"
"
tapi walau kita sume dah besar sekarang, tak semestinya kita tak perlu teruskan apa juga cita2 yang kita impikan dan harapkan selama ini. betul tak??
MySpace
"
"
p/s: InsyaAllah..aku cuba ingin menjadi seorang insan yang bjaya bukan sahaja di dunia tapi jua di akhirat...doa utk kengkawan sume juga.. :)

Malam Isnin..

Assalamualaikum sume..
rajin betul aku malam2 ni tulis blog ye.selalu aku kalau hari bkeje mmg tak online malam2 tu. tapi arini bsemangat plak ek nak tulih2 blog ni. tapi arini lain sikit sebab aku sambil2 tgk tv ni sambil2 tu bole tnet.bagus juga dah de wireless ni ek.apa cite aku arini..hmm arini aku dok sibuk wat storyboard utk system aku tuh. arini tgk sume macam sibuk je..bos pun dari pagi sampai lewat petang ada metin. kesian plak aku tgk sbb sure penat. samalah ngan yg lain. ada sorang abg ni pula MC sebab demam.
alamak..adakah aku yang menyebabkan tsebarnya virus itu huhu...
MySpace

oh ye, tadi masa dok sibuk wat keje..ngan keadaan yg sungguh sunyi sepi.. yg hanya kedengaran hanya bunyi tap tap tap..(bunyi keyboard)..ketik ketik ketik..(bunyi mouse daa..) tetiba de suara keriuhan org ramai plak.rupanya kak lin datang bsama2 6 orang staff baru bahagian ticketing officer utk sesi perkenalan. ooohoo yang ni ke staff yg aku kena handle briefing jumaat ni nanti heheh.ok sib baik dorang nampak cam baya2 aku or muda lagi hehehe.kurang cikit rasa nervous aku tu.alamak cakap psl nervous..aku stil tak prepare pe2 lagi utk briefing nih..haa tgk tu!

MySpace

ala..aku sibuk tadi wat storyboard..huhu~

Sunday, November 8, 2009

Coretan petang Ahad..

sebenarnya aku baru je baik dari demam panas.tapi batuk2 tu masih ada la cuma tidak seteruk dulu sampai aku muntah2.entahla tak tau kenapa demam kali ni terlalu teruk pula. mungkin ditambah dengan kesan sejuk air-cond kat ofis aku.kalau nak tau bilik server di di ofis aku tgh renovate so sebab tu server yang ada diletakkan dulu sementara dalam department aku.so aku yng sedang demam ini bertambah la demam hehehhe.siap kena pkai sweater lagi.
MySpace
"
"
actually aku dapat MC satu hari shja pada mulanya dan tetap pergi keje pada keesokan harinya.tapi memandangkan keadaan aku yg agak teruk atau sgt2 kesian ada yang suruh aku ambik MC lagi. jadi akupun berehat la di rumah utk 2 hari lagi. Alhamdulillah baru ok sikit...banyak betul ubat nak kena makan. then hari jumaat barula aku pergi kerja hehehe.Terharu juga sebab ada beberapa orang yang ambil berat juga keadaan kesihatan aku ni yek..heheheh :P yelah bila dah duduk dan keje didalam satu team.., kami dah macam satu family. pe orang kata..1 happy family at home.. hehehe
"
"
ok, esok mcam biasa kena kerjalah kan.amboii... takkan nak cuti lagi pula..
emm for my new system project, aku kena develop system utk OLAP Report. jumaat aritu baru je bos bagi task ni kat aku n discus apa nak buat. actually system tu mmg dah ada tapi aku kena wat new look interface n add some function. ooohho jumaat ni pulak aku kena handle briefing for new staff. kena bagi penerangan camne nak gunakan system yg ada di ERL nih.
hoho aku tak prepare apa2 pun. ingatkan cuti minggu ni nak study n prepare ape2 yang patut tapi nampaknye tetap ngan agenda lain macam tgk tv, on internet, main game, gi pasar malam n tgk tv lagi....
"
"
alamak tetibe rasa nervous.. MySpace

Cinta Vs Benci

Rasa cinta, kasih dan sayang adalah sebati dalam kehidupan kita. Tiap manusia, pasti ada rasa ini. Walau siapa pun dia dan setinggi mana darjatnya atau sehebat mana kuasanya, tapi rasa ini tetap ada terselit atau terselinap dalam hati tiap insan. Tak kiralah walaupun dia lanun mata satu atau pembunuh bersiri.
"
"
Kalau kita renung rasa yang sama ini dalam tiap insan, dari mana datangnya rasa halus yang tidak dapat dipegang ini? Rasa yang kita tidak nampak. Kita tak nampak rasa cinta, kasih dan sayang ini, tetapi kita yakin ia ada. Bertahkta indah di dalam hati kita. Macam perkara ghaib seperti syurga atau neraka, kita tak dapat tengok, tapi kita yakin ia ada dan beriman dengan kewujudannya. Dari mana datangnya keyakinan itu?
"
"
Hanya satu kuasa yang dapat melakukan semua ini iaitu Pencipta kepada kita semua. Dia mencipta kita tanpa terlupa memasukkan rasa yang sama itu. Biarpun rupa paras dan cara hidup berbeza, tapi tiap insan ciptaanNya tidak lepas dari rasa itu. Dari kecil sampai ke akhir hayat kita, rasa itu tak kan hilang.
Ternyata Dia tidak pernah memilih kasih dalam penciptaan tiap insan.
Cuma apa yang membezakan antara kita ialah cara kita mengekspesikan rasa itu. Ada yang kasih sayangnya terpancar dari kata-kata dan ada juga yang terbukti dari perbuatan. Tak kisahlah cara apa pun, yang penting rasa itu ada dalam tiap kita.
"
"

Begitu juga dengan rasa kecintaan antara sesama kita. Bila Allah dah campakkan rasa itu, bagaimana mungkin kita menafikannya lagi. Sekuat mana kita berlari dari rasa itu, ia tetap mengejar kita kerana ia bersarang dalam hati kita. Makin dilari, makin ia menghambat. makin diusir makin ia datang.
Teringat aku dengan kata-kata yang biasa aku dengar, “Jangan kita membenci seseorang dengan kebencian yang melampau, kerana biasanya orang kita benci itulah yang akan menjadi kecintaan kita suatu hari nanti”.
Hanya Allah yang memegang tiap rasa ini. Kerana Dia telah memasukkan rasa cinta dalam hati kita dan orang yang kita benci itu.
"
"

Bila cinta berjaya kita raih, pelihara dan jagailah ia sebaik mungkin. Letakkan ia di tempat indah yang kita bina dalam istana hati kita. Jangan abaikan sebuah cinta anugerah Allah ini. Ini adalah satu amanah untuk kita peliharai. Jangan nodai atau rosakkannya dnegan sesuatu yang bertentangan…
Mudah-mudahan Allah menimbulkan kasih sayang antaramu dengan orang-orang yang kamu musuhi di antara mereka. Dan Allah adalah Maha Kuasa. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
(Al Mumtahanah, 7)
"
"

Bila benci bertukar menjadi sayang, ia akan menerbitkan satu rasa cinta yang indah sesama insan. Setiap rasa benci yang bersarang dulu, berubah menjadi rasa sayang dan penuh cinta. Dan setiap kebencian itu membuahkan satu rasa indah dan kenangan yang istimewa dalam hati kita. Kebencian itu akan mendekatkan kita.
Tapi berlainan pula kalau bila sayang bertukar menjadi benci.
Dua situasi yang berbeza ini menyumbang kepada impak yang berbeza. Bila sayang bertukar benci, kita mula melupakan segala kebaikan mereka. Yang terlihat dalam mata kita hanyalah keburukannya. Segala kebaikannya lenyap ditenggelami keburukannya.
"
"

Cuba kita perhatikan, impak keduanya. Sebab itu dalam Islam kita disarankan untuk berwasatiah iaitu bersederhana dalam kehidupan kita. Sayang yang melampau sesama insan akan membuatkan kita melupakan cinta Allah dan takdirnya. Dan bila kebencian pula yang melampau, syaitanlah yang menjadi ikutan kita.
Cinta akan mengindahkan hidup kita. Ia umpama bateri yang memberi tenaga dalam kehidupan kita. Tenaga daripada bateri itu akan membuahkan semangat yang amat bermakna untuk sebuah kehidupan..
"
"
renung renungkan... :)

game..game..game..

cafe world game@ facebook

entah sejak bila aku dok asyik main game ni pulak kat facebook. sebelum ni aku takdela layan sgt game2 kat facebook nih. aku tgk orang lain dok ketagih main game farm ville dalam facebook tu tapi entah nape aku tak minat pulak.tapi game cafe ni len plak.pelik betul.ke sebab aku baru pasang wireless kat umah... hurmmm

haihh kena kurangkan main game2 nih. wat aku asyik tido lambat je bila cuti hujung minggu.pastu mulala kepala rasa penin2..
isk isk isk baizura...MySpace

Saturday, November 7, 2009

S.E.N.I

Bila bercakap ttg KESENIAN ni aku ingat lagi dulu masa zaman aku kecik aku mmg suka masuk apa shja contest samaada melukis or mewarna dan yang paling bes selalu jugala menang.
time sekolah rendah pun dulu mmg suka gak subjek pendidikan seni sebab masa tu idea mmg banyak utk lukis itu ini.
"
"
tapi itu dula la, sekarang entah kenapa tak teruskan lagi minat tu.mungkin seni tu dah kearah lain kot. sekarang ni, selain minat bab2 system or computer..aku pun mmg suka sgt shoot video or picture nih. entahla kenapa, mungkin sebab aku suka nak rakamkan video2 yang bole aku wat kenangan tentang keluarga, kawan2 dan sume perkara yang aku sayang. kadang2 kelakar pulak bila tgk telatah2 sume tu. hapy je rasa.
"
"
sentimental juga aku ni yek..isk isk isk... atau aku mmg ada bakat tpendam sebagai seorang Film Director?? haihh perasan betul..
MySpace
"
"
saje aku ambik picture ni masa nak masak2. nampak cam ada SENI pulak hehhehe

nie pun kira seni jugak ke..?

selesai juga aku masak Daging Black Paper nih... colourful betul..



wireless@Rumahku

aritu aku g telekom kat menara rebung tu sebab nak bayar bil streamyx yg tertunggak.
actually masuk ni dah kali ke bape aku tpaksa g sana sebab nak wat pertukaran alamat.dah penat dh wat report tapi problem cam tak settle2 je. mana taknya, sampai arini aku stil tak penah dapat bil bulanan walau satu pun.
"
"
rupanya lepas chek punya chek dorang kata alamat aku salah.tapi yang pelik aku dah bape kali isi borang la,call centre la dari dulu lagi. kata dah settle tapi takde pun bil sampai kt umah.
"
"
haiihh..telekom sila ambil perhatian kes2 camni.walau pun kecil..tapi tetap menyusahkan user sebab tpaksa berulang2 kali wat report yg sama..
MySpace
then aritu aku tukar sekali la pakej streamyx combo ke wireless. actually pakej yg sama je cuma skrg bole dapatkan wireless. takde cas tambahan cuma juz isi form utk upgrade je.
so dgn sukacitanya aku pun tukarla ke wireless.. hehehe..rugi tau klu tak tukar.
so lepas ni senang la sikit nak tnet. tak payah la nak share or rebut2 ngan adik aku lagi klu nak guna tnet.. :P
MySpace
dan yang paling bes skali bila satu umah aku kini diliputi wireless... bes pulak rasa... :P
"
"
so kalau sesiapa yg tak tukar lagi tu bole la btukar ke wireless skrg. kena guna teknologi yg ada..
MySpace

Thursday, November 5, 2009

Google vs Cookie Monster..

kreatif..kreatif...

Aku tertarik pula ngan imej google arini.Sungguh cute!!
rupanya arini ialah anniversary yang ke-40 sesame street. haiih teringat plak masa zaman kecik2 dulu.kekadang ada juga tenguk cite sesama street nih tapi tak selalu la sebab tak suka kat burung kuning yg banyak cakap tuh.kenapa tah. emm then yang paling aku tak lupe kat
Cookie Monster yang asyik makan cookies sampai berterabur tu. cute pulak tenguk hehehe :P


geng2 sesame street....

p/s: jangan kata aku cam bebudak pulak tau bagi post tentang sesame street nih..hehehe :P kebetulan je nampak kat google :)

Interview yg MENGERIKAN !!

Al kisah..tentang interview yang pernah aku lalui dulu. Actually cite ni dah lama tapi teringat plak bila ada sorang akak ni suruh aku masukkan dalam blog.
"
"
kisah ni berlaku sebelum aku dapat keje lagi.masa tu mmg sibuk pergi interview kat sana sini sampai aku pun dah tak ingat dah berapa banyak aku pegi interview tau.then satu hari aku dapat call dari 1 software house yang lokasi dia area2 1 utama. nampak macam dekat tapi sebenarnya jauh gak sebab kena naik teksi lepas turun dari Taman Bahagia LRT station.
"
"
oh ye aku ingat lagi sebelum aku pegi interview tu aku dah wat research ttg syarikat tu. dorg mmg ada website sendiri n nampak la ofis dia yg agak menarik. at least tau ofis tu mmg wujud.
"
"
dipendekkan cite, aku sampai juga disana.tapi terpaksa tawaf bangunan tu 2 kali coz tak jumpa banner syarikat tuh.aku ada gak call orang dari ofis tu n dia pun tunjuk arah melalui tepon.then akhirnya lepas tanya2 orang ramai aku jumpa juga tempat tu.disebabkan kedudukan dia yg agak jauh n sunyi mybe orang tak tau.bangunan tu juz rumah kedai je.aku pun naik la sampai level 3, means top floor la.
"
"
Dan kini b'mulalah saat yang suspen... dup dup.. dup dup...
"
"
"
sampai je depan2 pintu ofis tu, aku rasa serba salah nak masuk sebab aku ternampak nama syarikat tu juz tampal ngan kertas A4 dan hanya ditampal di pintu. isk...betul ke tempat nih.
aku pun masuk juga..buka pintu...dan bagi salam.
"
"
tapi..........senyap sahaja...takde orang..
MySpace
"
"
then aku terkejut juga bila tenguk keadaan dalam ofis tu.hanya ada 2 buah meja tapi itupun penuh ngan barang2, kerusi n sampah2.dalam tu ada beberapa bilik.tapi sungguh memang takde orang langsung! sunyi...... rasa takut sebab tak nampak macam sebuah ofis! tapi lebih kepada sebuah stor simpan barang!
MySpace
"
"
aku dah berdebar.betul ke tempat nih... nape takde sorang pun pekeje...??
"
"
aku panggil2 lagi nama orang tu.tapi tak bersahut..
aku keluar balik.tapi aku tak turun lagi.berdiri depan pintu masuk tu lagi.aku keluarkan hp.
niat hati nak call orang tu inform aku dah sampai.tapi entah nape rasa berat.
"
"
then tetiba aku ternampak loceng pintu. so aku pun tekan la.tapi tak berbunyi sebab loceng tu dah rosak kot. isk bila ingat2 balik kenapa lah aku berani tekan loceng tuh!!
"
"
lepas tu aku masuk balik ofis tu dan panggil2 sesapa yang ada.tapi takde orang pun.ok kali ni mmg aku dah rasa semacam.aku pun turun la cepat2 dari ofis tu.sampai je kat bawah aku call fae bgtau sume.utk pengetahuan, fae mmg tau aku nak gi interview kat sana coz dekat ngan area2 umah dia. fae pun dh takut n suruh aku cepat2 pergi dari situ.
"
"
tak lama ada bunyi call.rupanya orang tu call.dia tanya aku jumpa tak ofis.aku bagitau tadi aku dah masuk tapi takde orang pun.dia kata dia tak dengar tadi aku panggil.aku tanya dia siapa je ada kat atas.
then dia jawab "DIA SORANG JE". hahh??!! sorang??!!
"
"
isk...aku dh seram.dia kata kat aku suruh tunggu kat kaki lima tu dan dia akan turun jemput aku.isk bahaya nih.takkan aku berdua je ngan dia kat atas tu.kalau jadi apa2 bukan orang tau pun.kalau menjerit sure orang tak dengar.isk dibuatnya dia cekup aku!
"
"
alamak!! dalam hati aku cakap "lari baizura! lari!!"
aku pun cepat2 jalan laju2.dah la dengan bawa laptop lagi sebab aku nk tunjuk system aku.
dah la keadaan kat situ sungguh sunyi tambah ngan aku langsung tak biasa ngan kawasan tuh.
then bunyi call lagi n lagi.tapi aku tak jawab.aku cepat2 off kan hp.aku jalan selaju yg boleh.
mmg perasaan masa tu sungguh suspen.rasa dah macam cite drama yg aku selalu tgk time kena kejar ngan penjenayah.tapi kali ni real! dalam hati doa2 cepat dapat teksi.
then tak jauh aku ternampak teksi dan cepat2 aku tahan.
"
"
bila dah ada dalam teksi baru aku rasa lega.aku ada cite kat pakcik teksi tu betul ke apa yg aku buat ni..lari dari tempat tuh.dia kata mmg betul pe yg aku buat ni sebab sekarang ni mmg macam2 kes.banyak yg kena tipu lagi2 perempuan.
"
"
bila dah sampai rumah..mmg rasa cam nak nangis pun ada.nyaris kena tipu.aku tak rasa ofis tu wujud sebab keadaan dlm ofis tu macam stor je.takde langsung suasana ofis. tambah dah la takde pekeje langsung! then dia sorang2 je ada kat atas tu n nak interview aku berdua ngan dia.
"
"
hmm itu antara ujian n dugaan aku masa nak mencari kerja. Alhamdulillah takde apa2 yang jadi kat aku. jadi kawan2 aku nak ingatkan biarlah kalau nak g interview tu bawalah sesape utk jadi teman kalau agak2 syarikat tu mmg tak penah dengar. jangan percaya apa yg dipaparkan dalam website mereka sebab boleh jadi sume tu hanya penyedap mata semata-mata melainkan syarikat tu mmg sebuah syarikat yg mmg dikenali orang atau at least ada ciri2 macam ofis. contoh paling senang mesti ada pekerja kan.
"
"
aku agak trauma gak masa tu sebab stil terbayang2 keadaan ofis dia atau lebih layak keadaan stor usang dia. tapi tu tak patahkan semangat aku utk pegi interview kat sana sini.
"
"
hope cerita ni dapat jadi pengajaran utk sume kengkawan yang nak n tengah mencari kerja tu ye. kena sentiasa berhati2 n waspada selalu.

Wednesday, November 4, 2009

L-O-V-E


arini aku tukar lagu theme utk blog aku. lagu ni mmg sweet je dgr heehe.aku bukan jiwang yek ataupun tgh melayan perasaan heheh. cuma happy je dengar lagu ni.

actually aku tau kehadiran lagu ni masa tgk cite Sad Love Story, cerita korean. mmg sedih la. tajuk pun dah sad love story kan.. :P

"
then bila aku search lagu L-O-V-E ni kat google baru tau penyanyi asal dia Net King Cole.

best juga dengar lagu lama2 ni kan. kalau nak tau, aku sejak bila tah mmg suka dengar lagu2 inggeris nih.

dulu minat la juga tapi tak kerap dengar.

kwn aku fae pun tkejut n pelik bila minat aku dh berubah. yelah dulu aku layan lagu2 nasyid je heehehhe :P . emm aku tetap gak suka nasyid tapi skrg ni aku tgh nk improve BI aku dan salah satu cara yang paling berkesan ialah selalu dengar lagu2 inggeris. betul tak?

sbb tu kat ofis pun aku dok dengar radio fly fm je.

"
teringat lak aritu time cite kat fae yg artis popular, Akon nak datang malaysia sebab de konsert kat sini punyala fae terkejut sebab sejak bila aku tau benda2 gini heheh.

alaa aku terdengar kat fly fm jek.. :P

"

ok nak share sikit lirik lagu L-O-V-E ni...

MySpace

"
L is for the way you look at me
O is for the only one I see
V is very, very extraordinary
E is even more than anyone that you adore can

Love is all that I can give to you
Love is more than just a game for two
Two in love can make it
Take my heart and please don't break it
Love was made for me and you

"
L is for the way you look at me
O is for the only one I see
V is very, very extraordinary
E is even more than anyone that you adore can

"
Love is all that I can give to you
Love is more than just a game for two
Two in love can make it
Take my heart and please don't break it
Love was made for me and you
Love was made for me and you
Love was made for me and you

"

by: net king cole

Sunday, November 1, 2009

Lagu Baizura???

entah kenapa aku teringat lak benda ni.
semalam masa majlis open house tu, orang kat sebelah aku de cakap
"napela dorg mainkan lagu2 camni.."
aku pun masa tu mmg tak berapa nak dengar sgt lagu apa yg dorg mainkan tu.
mmg lagu lama la..n tak penah dengar.
"
"
tetibe aku macam terdengar de bunyi2 'baizura'.
aik..aku salah dengar ke.
MySpace
sekali kuar lagi perkataan 'baizura' tu.
aiseh..mmg ada lagu baizura ke?
MySpace
heheheh pelik plak bunyi.
"
"
sebelum ni biasa dengar lagu 'azura' je. rupanya kump Lela yg dok nyanyi.
ni lagu zaman aku kanak2 lagi nih. patutla tak penah dengar...:P
"
"
tp aku bab2 lagu jiwang2 ni tak bape dengar sgt. haiih teringat kat kwn aku adila yg suka sgt lagu2 gini...
MySpace
"
"
Indahnya namamu
Indahnya rupamu
Cinta yang berbunga
Kasih telah bermula
Oh! Baizura dimana dirimu
Yang selama ini ku rindu
"
"
Ketika dirimu jauh dariku
Semakin cintaku mendekati hatimu
"
"
Oh baizura
Kau bidadariku
Kaulah satu dalam seribu
Baizura... kaulah ratu hatiku
Tak pernah kau mungkiri janjimu
"
"
Oh baizura
Andainya terpisah dariku sepi rasa dunia ini
Hadir mu membawa erti menerangi kegelapan ini... disaat aku
Memerlukan kau hadir memberi senyummu
"
"
( korus )
Baizura... terjelas padaku yang dirimu akan setia padaku
Baizura kaulah permataku akan ku buktikan... setiakan janjiku
Sekelip kau tiada terasa gelap segala di pintu kamar hati ku
Kau yang satu
"
"
Artis: Lela