Pages

Sunday, November 8, 2009

Cinta Vs Benci

Rasa cinta, kasih dan sayang adalah sebati dalam kehidupan kita. Tiap manusia, pasti ada rasa ini. Walau siapa pun dia dan setinggi mana darjatnya atau sehebat mana kuasanya, tapi rasa ini tetap ada terselit atau terselinap dalam hati tiap insan. Tak kiralah walaupun dia lanun mata satu atau pembunuh bersiri.
"
"
Kalau kita renung rasa yang sama ini dalam tiap insan, dari mana datangnya rasa halus yang tidak dapat dipegang ini? Rasa yang kita tidak nampak. Kita tak nampak rasa cinta, kasih dan sayang ini, tetapi kita yakin ia ada. Bertahkta indah di dalam hati kita. Macam perkara ghaib seperti syurga atau neraka, kita tak dapat tengok, tapi kita yakin ia ada dan beriman dengan kewujudannya. Dari mana datangnya keyakinan itu?
"
"
Hanya satu kuasa yang dapat melakukan semua ini iaitu Pencipta kepada kita semua. Dia mencipta kita tanpa terlupa memasukkan rasa yang sama itu. Biarpun rupa paras dan cara hidup berbeza, tapi tiap insan ciptaanNya tidak lepas dari rasa itu. Dari kecil sampai ke akhir hayat kita, rasa itu tak kan hilang.
Ternyata Dia tidak pernah memilih kasih dalam penciptaan tiap insan.
Cuma apa yang membezakan antara kita ialah cara kita mengekspesikan rasa itu. Ada yang kasih sayangnya terpancar dari kata-kata dan ada juga yang terbukti dari perbuatan. Tak kisahlah cara apa pun, yang penting rasa itu ada dalam tiap kita.
"
"

Begitu juga dengan rasa kecintaan antara sesama kita. Bila Allah dah campakkan rasa itu, bagaimana mungkin kita menafikannya lagi. Sekuat mana kita berlari dari rasa itu, ia tetap mengejar kita kerana ia bersarang dalam hati kita. Makin dilari, makin ia menghambat. makin diusir makin ia datang.
Teringat aku dengan kata-kata yang biasa aku dengar, “Jangan kita membenci seseorang dengan kebencian yang melampau, kerana biasanya orang kita benci itulah yang akan menjadi kecintaan kita suatu hari nanti”.
Hanya Allah yang memegang tiap rasa ini. Kerana Dia telah memasukkan rasa cinta dalam hati kita dan orang yang kita benci itu.
"
"

Bila cinta berjaya kita raih, pelihara dan jagailah ia sebaik mungkin. Letakkan ia di tempat indah yang kita bina dalam istana hati kita. Jangan abaikan sebuah cinta anugerah Allah ini. Ini adalah satu amanah untuk kita peliharai. Jangan nodai atau rosakkannya dnegan sesuatu yang bertentangan…
Mudah-mudahan Allah menimbulkan kasih sayang antaramu dengan orang-orang yang kamu musuhi di antara mereka. Dan Allah adalah Maha Kuasa. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
(Al Mumtahanah, 7)
"
"

Bila benci bertukar menjadi sayang, ia akan menerbitkan satu rasa cinta yang indah sesama insan. Setiap rasa benci yang bersarang dulu, berubah menjadi rasa sayang dan penuh cinta. Dan setiap kebencian itu membuahkan satu rasa indah dan kenangan yang istimewa dalam hati kita. Kebencian itu akan mendekatkan kita.
Tapi berlainan pula kalau bila sayang bertukar menjadi benci.
Dua situasi yang berbeza ini menyumbang kepada impak yang berbeza. Bila sayang bertukar benci, kita mula melupakan segala kebaikan mereka. Yang terlihat dalam mata kita hanyalah keburukannya. Segala kebaikannya lenyap ditenggelami keburukannya.
"
"

Cuba kita perhatikan, impak keduanya. Sebab itu dalam Islam kita disarankan untuk berwasatiah iaitu bersederhana dalam kehidupan kita. Sayang yang melampau sesama insan akan membuatkan kita melupakan cinta Allah dan takdirnya. Dan bila kebencian pula yang melampau, syaitanlah yang menjadi ikutan kita.
Cinta akan mengindahkan hidup kita. Ia umpama bateri yang memberi tenaga dalam kehidupan kita. Tenaga daripada bateri itu akan membuahkan semangat yang amat bermakna untuk sebuah kehidupan..
"
"
renung renungkan... :)

0 comments:

Post a Comment