Pages

Thursday, October 27, 2011

101 Days to go..

Assalamualaikum sume!

aku sekarang ni kat ofis. baru sahaja lepas makan tengah hari. ada masa yang terluang ni bole la aku berblogging sekejap hehee.

tadi aku baru je lepas booking kad kawen. peta pun mmg dah lama juga aku buat...


fuhhhh susah juga aku nk create peta ni huhu..MySpace



 

Akhirnya setelah puas aku belek2 design jenis kad yg aku nak..akhirnya aku pilih design kad ni. Yelah tema aku kan Pink Purple.. tak sabar nak tggu kad kawen aku tu siap... macam manala agaknya ye ada kad kawen sendiri hehe
MySpace


emm untuk persiapan yang lain setakat ni semua yang penting2 dah settle. bulan depan pun aku dah plan nak beli set perabot bilik. Dan yang paling penting aku kena pindah bilik ke master bedroom bln depan.

Ok..banyak juga nak kena mengemas nanti kan.. MySpace

 Bilik pun aku dah plan nak cat dulu. nanti senangla kalau nak bawa masuk barang semua.
 Oleh sebab pembantu setia aku..A.K.A adik aku da...  tengah berada di kluang johor atas tuntutan kerja sebagai Guru di sana dan akan pulang bercuti hanya pada cuti sekolah..nampaknya segala kerja  membuli mengecat n mengemas bersama2 hanya dapat dilakukan pada cuti sekolah sahajala yek ehehe..
MySpace


P/S: emm mode menghitung hari ni...lalalalala~MySpace

Sunday, October 16, 2011

~Persiapan Wedding~

Bila dikira dari hari ini hingga detik hari bersejarah bagi kami nampaknya tinggal lagi 3 bulan rupanya ye. perasaan? hehe mestila sangat2 berdebar... em baru2 ni kawan baik aku pun baru sahaja selamat diijabkabulkan bersama buah hatinya. semoga sentiasa kekal bahagia hingga akhir hayat.. :)

fae..ambik satu picture ek...hehe :)

kawan baik aku yg sorang lagi ni lak..dila...baru sahaja selamat melahirkan baby boy baru-baru ini. Alhamdulillah seronok sangat dengar berita tu. harap2 aku pun dapat rasa gak saat-saat bahagia macam dua2 org kawan baik aku ni hehehe. doakan aku ye..


----------------------------- PERSIAPAN KAHWIN ---------------------------


ooh baru2 ni  memang aku n En Tunang sibuk sangat menguruskan persiapan kahwin. Alhamdulillah kami dah book dewan...katering....baju dan pelamin....  Untuk katering aku ambik untuk 500 pax makanan. untuk majlis sebelah lelaki yang akan berlangsung seminggu selepas majlis perempuan lak akan dibuat secara gotong royong di rumah. nampaknya nanti dapatla aku merasa kemeriahan suasana ala-ala kampung nanti hehe.

untuk baju dan pelamin pula alhamdulillah aku jumpa dengan satu butik yg beri kami harga yg sangat2 ok. nanti lepas kahwin aku akan update tentang butik kami ini. tapi yang paling best bila aku dapat buat baju baru..dengan design baju ikut pilihan aku sendiri dan ikut ukuran badan aku sendiri dengan tambahan harga hanya RM150!! best kan..
MySpace


 aku rasa kat tempat lain mana dapat harga macam tu. koman2 pun kena cas dalam RM800>  hehe betul tak??


masa kami pergi butik tu baru2 ni kami dah pilih nak pakai baju apa masa majlis di sebelah lelaki nanti. kami sepakat pilih baju warna maroon. masa sesi mencuba baju tu siap pakai veil,tiara n kasut lagi pastu rasa macam ada satu perasaan yg sangat2 bahagia plak.hehe camnela agaknye masa pakai baju tu masa majlis kami yg sebenar ek..
 haha sesi mengelamun kejap...MySpace

em en tunang pun tak terkecuali gak mcuba baju untuk fitting baju baru. segaknye bila tenguk siap tanjak semua hehehe..


--------------------------------- TEMA ---------------------------------------

Tema untuk majlis aku adalah pink purple..


untuk design pelamin lak aku dah decide nak buat pelamin macam ni hehe. masa tu aku n en tunang akan pakai baju merah jambu.tak sabar lak nak pakai baju baru design pilihan aku sendiri tu hehe.
MySpace



hehe nie lah design baju yg aku maksudkan tu.. tapi yang aku punya nanti warna merah jambu la. mungkin design berbeza skit nanti.


mak n adik testing baju..


mak dan adik aku pula dah beli kain untuk buat baju masa wedding aku nanti. penat juga pusing satu jalan TAR tu hehe. akhirnya jumpa jumpa dengan baju yang berkenan di hati..


emm dah takde idea plak nak tulis apa lagi. nanti akan datang aku update blog lagi yek.
Tata!MySpace

Monday, October 10, 2011

Alam Pertunangan.. :)


Alhamdulillah....aku kini sudah menjadi tunangan orang... rasa macam tak percaya pulak hehehe~

majlis pertunangan kami telah diadakan pada 17/9/2011 iaitu pada bulan raya aritu. walaupun persiapan majlis kami sederhana sahaja tapi sangat2 meriah dengan kehadiran keluarga kedua-dua belah pihak. emm takde idea pulak nak tulis apa. letak gambar saje la ek heheeh


 family tunang

  family tunang




 berdebarnya masa nih...


 Alhamdulillah selamat menjadi tunangan orang... :)


 wit kembar wawa n lala..


 bakal2 anak buah..heheheh




 bgambar dengan family tunang tersayang...


bgambar dengan family tersayang...


 cupcake for hantaran yg aku buat sendiri daa..


agak2 rasa lapar tak? hehehe


-----------------------------------------------------------------------
syukur alhamdulillah Ya Allah kerana telah mempertemukan aku dengan insan sepertinya.. :)