Pages

Friday, July 31, 2009

Video BKebun@UPM..

kalau kawan2 nak tau, antara hobi aku sbnrnya ialah video shooting.tp yg video kat bawah ni aku juz ambik guna hp aku je la.masa ni aku, fae n adila g ladang kat UPM.sebelum ni aku ada cite kan dalam blog aku di friendster. http://baizura2001.blog.friendster.com/2008/08/bkebunupm/

actlly malas nk story balik..so paste je url tu hehe

ada 3 video sbnrya..tp aku post 1 je ye.nanti klu sempat aku upload lagi k. juz nk share pengalaman kami di UPM..(^_^)

video zaman dolu2..

huihh aku baru tjumpa video masa zaman dolu2 time blaja diploma kat KPTM.actlly ni 1st video aku n D geng.masa tu shoot guna hp mbr baik aku,adila.masa tu sapa yg ada hp gini dah kira canggih sgt dah hehhehe..aku pun hp takat nokia 3100 je.tp zaman dulu pun dh kira mahal tuh..huhu

actlly masa ni aku, fae, adila n anis tgh wat discussion utk projek kami.masa tu kena handle byk projek dlm masa yg sama. kalu tak salah ni masa sem 5.. rinduuunyeee time ni lalala~

UPM kena H1N1 !!

hmm actlly ni cite hari kelmarin. tp disebabkan ada masalah teknikal cikit so tak dapat la nk post hehe. stremyx ada masalah daa..
ok hari tu, aku pegi bank kat kl sentral sbb nak bayar yuran konvo. 8/8/2009 ni hari bsejarah aku ni sbb de majlis konvokesyen utk degree di UPM.lama tak g UPM..rasa cam rindu lak.balik dari bank aku jalan2 dlm kl sentral tu sbb nk cari kasut utk konvo.penat je belek2 alih2 suma kasut yg aku nak tu takde saiz la n macam2.. nak kuar ke KL agak mgerunkan la pulak tambah ngan keadaan kesihatan sejagat yg tak seberapa nak ok ni. huuiihh ayat aku ni... :P


ok back to D story, aku dpt call dr adik aku.dia bgtau yg sume budak2 UPM kena balik umah mlm tu juga sbb ramai student dia dah disyaki dijangkini H1N1 dan de 4 org student mmg positif H1N1 dan dikuarantin di UPM n umah masing2. sila lihat berita utk maklumat lebih lanjut..sekian terima kasih..


malam tu tkejut gak ble adik aku balik siap ngan mask lagi.dan kawan dia dari klate pun de tumpang bmalam kat umah juga.kesian budak2 yg jauh2 tu kan sbb kena kosongkan upm mlm tu juga.macam mana la nak balik umah kalu umah nun jauh di negeri sana mlm2. teringat lak keadaan aku kalau jadi merantau di batu pahat nanti..dah la takde sape2 kat sana..risau juga klu de kes kecemasan gini hukhuk...


Dalam berita pun skrg ni mmg dah byk pusat pengajian n sekolah2 ditutup kan.dan setakat hari ini terdapat 4 kes korban H1N1...


jadi kawan2 semua.. jaga diri..jaga kesihatan k...

p/s: klu rasa pkai mask tu tak mbantu, pakai gini pun molek... :D

Tuesday, July 28, 2009

suatu keputusan..

hari ni bersamaan 28 july 2009, hmm semakin hampir dgn kemuncak jawapan seharusnya jalan yg mana harus aku pilih. hmm nape rasa cam ayat sastera sgt nih..haiihh
MySpace

ok wat masa ni aku masih belum de lagi keputusan yg betul2 pasti.
lagipun aku masih tak tau lagi adakah aku akan diterima utk bekerja dlm kementerian penerangan. siang tadi aku ada call kementerian utk tanya bila bole dpt tau keputusan dan aku ada cerita skit ttg batu pahat ni.
cikit je la.. dan btl2 perlukan jawapan cpt.rupanya dorg still takde final result lagi sape yang dapat sbb masih dlm proses mengira markah.
candidate je dah 100>..of course take time right.tapi sekiranya dapat, 3 hb 8 ni dah stat keje.sama cam jawatan lecturer nih.
dan akhirnya akak tu suruh aku call balik khamis or jumaat ni utk tanya status. hope ada rezeki di sana.tapi kata hati mmg dapat.

emm ttg keputusan ni,ramai juga aku tanya2 minta pendapat tmasuk family aku, makngah, abg sharum, dan tak lupa juga kawan2 aku..especially faeza yg slalu keep update apa2 info tbaru ttg aku hehehe.sedih juga klu aku g merantau jauh2..
tak dpt nk kuar jalan sesama cam sblm ni.
takpe kot..dah de org bleh temankan dia skrg..oppss hehehe

hmm antara nasihat n pendapat yg tbaik bagi aku adalah dari abg angkat aku sendiri..abg sharum.dia mmg dah macam abg aku sendiri je since aku sekolah lagi.
dia panggil mak aku pun "mak" dan sbb tu aku kata nasihat dia antara yg tbaik sbb dia salah sorg yg btl2 memahami keadaan aku n family aku.
dan time mak aku sakitlah dia dan isteri dia (kakak angkat aku gak, kak yati) yang byk bg sokongan tmasuk sanggup bsusah payah hantar mak aku berubat di selangor setiap mggu.dan byk lagi sbnrnya...hanya Allah yg mampu balas..

abg sharum ada kata, aku ambil la di kementeriaan ni sbb mmg itu yg mak aku harapkan. dan dia ada ckp "doa seorang ibu itu tmakbul..dan sekiranya itu yg mak inginkan dan mak gembira..,mungkin ada hikmah disebaliknya utk masa depan aku..seiring dgn doa seorang ibu utk anaknya.."


Alhamdulillah, lega aku lepas bcakap dgn dia.mmg itu yg ada jauh dlm sudut hati aku.cuma aku masih tcari2 sebelum ini apakah jawapan dan jalan yg seharusnya aku pilih.
hmm sukar ye nak buat keputusan yg tbaik. aku sebelum ini ada buat solat istikharah mohon petunjuk dariNYA kerana sesungguhnya DIA amat mengetahui segala-galanya sedangkan aku tidak mengetahui.


"Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku
dalam urusan agama ku
juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang,
maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku,
serta berkatilah daku padanya.
Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku,
juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang,
maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya,
kemudian jadikanlah daku meredhainya.”


amin ya rabbala'lamin..

Sunday, July 26, 2009

senaman gaya baru..

argghh terasa penin lak kepala baru2 ni.tulisan dlm blog pun agak emosional cikit hehehe.oklah kali ni aku bg post yg hapy2 sikit..kte wat senaman ye.sesuai utk org2 yg slalu baca blog2 ni hehehe



Hanya amik masa 7 minit untuk buat
senaman ringan ini.. ikut la arahan ni betul2...




MySpace
ni ala taichi sikit la...
sebagai intro dan warming up..
MySpace
tiru la macam ni...
untuk melegakan bahu dan leher..
MySpace
wa..wa.. aaa..
MySpace
gerak ke kanan kemudian ke kiri..
MySpace
gerak ke kiri kemudian ke kanan..
MySpace
ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..

MySpace
tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..
MySpace
dah tu buat gerakan tangan dan badan...
buat macam happy aje..
MySpace
kemudian goyang2 kaki dan badan sikit...
buat macam takde masaalah...
MySpace
pusingkan kepala..seelok2nya 360 darjah.
MySpace
buat secara aggresive pula...
jangan peduli apa orang lain kata..
MySpace
buat dgn penuh bgaya..
MySpace
pusingkan badan..ikut rentak muzik..
MySpace
akhir sekali
buat joget kucing...
MySpace
fuhh penat btl wat senaman arini.haa dah! dah! p sambung wat keje balik..(^_^)

Friday, July 24, 2009

becoming a lecturer??

pagi tadi aku pegi interview kat KPTM KL utk jwtn sebagi pensyarah sains komputer.candidate utk hari ni lebih kurang 30 org camtu.tapi utk bidang lain2 la.yg paling ramai sains komputer.aku tak kesorangan sbb ada diantara mbr2 UPM pun ada apply juga.
dan akhirnya turn aku pula untuk interview.banyak juga dia tanya.aku ingatkan ada demo teaching sbb aritu kakak yg call tu siap bgtau aku suh prepare.then aku pilih subjek java sbg demo teaching.
dan di akhir interview, aku diberitahu bahawa aku ditawarkan menjadi lecturer di kptm.then dia suruh aku pilih samada hendak mengajar di alor star or batu pahat.alamak jauh2nye... then aku cuba minta kat bangi tapi dia kata kptm bangi n KL mmg tak dapat.mybe dah penuh kot.
dia suruh aku wat keputusan time tu juga samada nk terima atau tak.aku kata yg aku terima..n mmg nak..tapi aku nk bincang ngan family aku dulu.kalau tak dia kata isnin ni dah stat mengajar.aku dh t'cenggang.haa..cepatnye..!! camne ngan rumah lagi..aku dah la takde sape2 kat sana.. then dia kata paling lewat 1hb 8.means awal bulan depan dh ngajar.aku agak tpingga2..memikirkan camne ngan persiapan semua.tambah lagi mggu tu aku bz ngan konvo. nak kena g upm ambik baju, raptai konvo semua.. hmm penin lagi..
sepanjang aku balik dari kptm ke umah, aku asyik pikir..patut ke aku terima.mmg sepatutnya rugi kalau tolak.tapi aku asyik fikir ttg mak aku. aku agak kberatan kalau kena pegi jauh2 luar KL. sbb aku risaukan mak aku yg dok sorang2 kat umah.dia dah la tak bape sihat sgt..baru shj sembuh dari penyakit yg sebelum ni wat aku risau sgt kat mak.
hati aku risau sbb takut pe2 jadi kat mak yg dok sorang2 kat umah tu..kalau jadi pe2 sapa yg tahu.kesian mak kalau dua2 anak dia pun kena merantau jauh2.. patut ke aku terima jawatan ni? dilema diantara 2 persimpangan.
malam ni nk bincang ngan family tmasuk ngan pakngah n makngah aku utk cari pe yg tbaik..harap de jalan pyelesaian.mungkin mereka tmasuk mak tak kisah kalau aku g merantau.tapi hati aku mmg terasa berat sgt2.... :(

Thursday, July 23, 2009

cerita situ sana sini..

lama tak tulis blog.actlly aku agak sbuk baru2 ni.hmm baru2 ni Alhamdulillah aku dpt byk panggilan interview n aku try je sume tempat.cam2 kisah yang ade..ade yg bes..ada yg mgerunkan(actlly ofis tu yg cam tak wujud..n wujud satu penipuan ala2 drama..huhu) dan ada juga yg pelik.
actlly aku penah g interview kat xxxx (nama syr dirahsiakan utk kselamatan) utk job parental control analyst.tempat tu international company fokus pada security cam Mcfee.masa awal2 lagi aku mg cam tkelu sbb mula2 lagi dia dah tanya aku ngan soklan 'bole ke aku ni tgk web prono2 ni sbb aku akan ngadap benda tu hampir tiap hari..' errkk biar betik ada keje camtu.isk mendera kesihatan mental ni huhu.tp aku pun mg tak mo keje2 camtu..
hmm byk lagi nk cite ttg kisah2 yg gerun tuh tapi rasanye cam tak sempat nk cite.hanya kwn2 rapat ngan aku shj tau.dan ada sorg akak nie pun siap suruh aku masukkan dlm blog kisah yg gerun tuh hehehe.nanti la kot akan dtg aku wat edisi khas utk sume ekk :P

hmm kelmarin aku g interview kat ERL KLIA Express utk jwtn software engineer. candidate mmg tlalu ramai..tapi hanya 1 tempat shj yg kosong huhu.dan ada 2 org pengurus llki,chinese n malay yg handle interview.tp Alhamdulillah sume ok, kami sempat bsembang2 rancak..gelak2 sbb mereka pun x-student UPM juga dulu.sempat imbas balik kenangan mereka nk curi2 buah durian n kena kejar ngan pakgurd hehehe.rupenye ramai wat camtu ek..tp aku takde tau nk curi buah durian..

smlm aku g interview kt kementerian penerangan utk jwtn penolong pengarah(eksekutif) nama jwtn je cam dasyat..tp biasa2 je. walaupun status jwtn sbg kontrak..tp tak salah kalau mencuba kan.aku mmg tak prepare ape2 pun..sbb penat sgt2 balik interview aritu bturut2.then sampai sana aku tgk mmg dah ramai sgt org.sume pkai bju smart2.. alamak sume hebat2 la..dah la aku tak prepare ape2pun huhu.dan masa tggu tu aku sempat bkenalan ngan bbrapa org.rupanya ramai dari bidang lain2..n masing2 mmg tak prepare cam aku la.hmm ramai juga cam aku ye :P
suasana masa tu mmg formal..alamak ni cam interview SPA ke?? cam penah interview SPA je aku ni..tak panggil lagi sbnrnye.. dan masa tu tjumpa juga mbr UPM dari kos yg sama.dan masa tu aku, mbr dari UPM n sorg kwn yg baru berknlan, baru la nk prepare2 sume hehe. kami bincang2 ttg nama2 menteri la..modal insan la..konsep 1 msia la..teras dlm 1 msia la..dan macam2 lagi.mmg cam sesi forum daa..
lama jugala tggu..dan akhirnya turn aku lak.agak ketaq gak mula2 masa tgh tggu tu lagi. sejuk tgn ni..tambah ngan kesejukan air-cond yg maksimum tu.tp aku cuba bykkan selawat agar tenang hati n yakinkan diri. masa tu ada 3 orang panel penemuduga. Alhamdulillah sume ok.dorg byk tanya ttg sistem aku.takde lak tanya ttg menteri2, 1 msia ke sume hehehe.harap ada rezeki juga disini..
emm jumaat ni aku de interview lagi sbg lecture computer science kat kolej Poly Tech MARA.
ni pun aku akan cuba juga.aku pun tak pasti boleh ke aku ni mgajar?adakah jiwa aku sebagai seorang pendidik? tp rasanya jiwa aku tidak kearah itu hmm...
tp yang pasti sekiranya dapat, aku akan dihantar utk mengajar luar dari kawasan KL, sbb cawangan KL dah penuh. paling dekat pun KPTM bangi. adakah bangi? alor star? batu pahat? kuantan???
tp rasanya aku tak bole pegi jauh2. bukan sbb apa..aku cuma tak sanggup biarkan mak aku tinggal sorang2 kat umah. dahla adik aku stil blaja..n takde kat umah.tambah adik aku dpt biasiswa perguruan.so lepas dia abis blaja dlm bacelor biologi di UPM, dia akan sambung setahun utk diploma perguruan. n of course dia kan posting kemana2 nanti lepas abis blaja tak lama lagi. kesian mak aku kalu dua2 anak dia pun merantau jauh2..
hmm ape2pun aku harap ada rezeki utk aku.terlalu banyak dugaan baru2 ni buat aku.semoga aku tabah menghadapi sume ni..

Thursday, July 16, 2009

suatu dugaan..



"Tidaklah seorang muslim tertimpa kesulitan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan dan duka cita sehingga duri yang menusuknya kecuali Allah akan menjadikan itu semua sebagai penghapus dosa dosanya." (HR. Bukhari dan Muslim).



"Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (Q.S. An Nahl: 96).


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


"Bila ALLAH cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu,
bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu,
bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun...
Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya"
~~~~~~~
Ya Allah, semoga aku tabah menghadapi semua ini...

Monday, July 13, 2009

kucing vs aku

mesti ramai antara kita sukakan kucing dan ada juga yang takut atau geli dengan kucing kan. tapi kawan2 tau tak ada beberapa perkara yg menarik tentang kucing ni.


nak tau? ok....


1. Dalam hadis Bukhari-Ibn Umar radiallahuanhu meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seorang wanita dimasukkan ke neraka, kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan.


2. Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.


Sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).


Gelaran bapa kucing tidak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.


3. Suatu kajian pernah dilakukan di Universiti Atlanta di Amerika Syarikat terhadap pesakit-pesakit darah tinggi, didapati keluarga yang memelihara kucing lebih rendah tekanan darahnya berbanding keluarga yang tidak membela haiwan itu. (betul ni..kalu stress cubalah belai2 kucing tu..mmg hilang tau..insyaAllah..)



hmm macam tak sangka kan disebabkan kucing ada orang dimasukkan ke dalam neraka, sebab kucing juga nabi mengelarkan Abdul Rahman bin Sakhr sebagai Abu Hurairah (bapa kucing) dan disebabkan kucing juga kajian menunjukkan boleh mengurangkan darah tinggi dan stress .

~~~~~~Kata aku~~~~~



aku pun mmg suka sgt ngan kucing ni sejak dari kecik lagi. dulu masa duduk kat umah setinggan dulu pun aku mmg ada bela byk kucing. dan antara nama kucing yg aku bagi ialah :
mikey (ibu segala kucin2 aku yg boleh digelar moyang gak hehe),
coklat (manja sgt2 ngan aku sampai ble nampak aku baring pun dia bleh tido sebelah aku sambil peluk aku huhu),
amy (kucin yg agak brutal dan ganaz..dia lupe kot yg dia tu seekor kucin betina..haihh)
pak itam (bulu dia cantik ala2 kucing parsi..yg pelik siang punyala garang sampai tak bagi sentuh bulu dia lagi2 tang ekor (taula bulu dia cantik) tp bila malam je tetibe btukar jadi penakut sampai aku nk g toilet pun dia nk ikut gak..)
dan putih (kucing jantan adik aku..sgt gemuk sbb adik aku layan dia cam baby..tp syg sbb tak cam kucin jantan..nk lawan/panjat pun tak reti.nk ngorat kucin betina pun lagila tak pandai hehehe..)

Ghost..





ghost...akhirnya berakhirla sudah season 2 cite ghost.. alahai sedihla pulak ending dia.cam tak sangka lak rupanya roh romeo yg rasuk semua org utk bunuh seorang demi seorang. em tapi yg lagi sedih bila alam yg cute tu pun mati juga akhirnya kena tembak ngan eza..(acttly masa tu eza kena rasuk) dan pada penghujungnya eza terpaksa korbankan diri dia utk selamatkan semua org.


sedih masa zack tetiba tahan tgn eza dari terus tikam dirinya sendiri sbb dia tak sanggup kehilangan eza. sedihnya rasa sbb mesti seseorang tu sanggup berkorban uk seseorang yg dia cintai..dan tak sanggup lihat org yg dia sayangi sedih, sakit or terluka.. (terEmo lak hehe)


hmm panjang lak kalu nk story kat sini.rasanya mmg ramai yg tgk cite ghost ni kan.kalau rasa2 terlepas or nk tgk balik,bole la tgk secara online di http://www.8tv.com.my/ .hehhe dah jadi tukang promote lak rasa.cuma takde komisyen je la :P

Sunday, July 12, 2009

somethin to share..

arini aku kemas2 fail dalam laptop.then t'nampak lak folder pic masa zaman dolu2.hmm terasa cam nk share lak kt sini.jom tgk apa yg ada..


ok ni masa zaman diploma dulu.dalam klas kat ting 3. n tu mmg tempat yg geng2 aku biasa duduk time klas hehe

kwn2 satu klas.. tgh tggu lect daa

bgambar ngan mbr rapat..


ok kat bawah ni lak masa zaman muda2 dulu...(skrg pun muda lagi hehe)



pic masa majlis penyampaian hadiah lepas kitaorg balik dari kursus pemahaman Al-Quran selama seminggu di langat.pic ngan bebudak ngaji..





bebudak ngaji.. kecik2 masa tu dorg nih.skrg dh beso2 dh..


posing atas pentas sat lps abis majlis.






time ni aku ting 3 kalu tak salah..

ok, ni masa besday aku masa darjah 5.masa tu wat kat umah pakngah aku.masa ni bebudak ngaji sikit lagi.


masa ni tgh nyanyi nasyid kt tempt ngaji.hmm masa ni de majlis pe ye.
aku upload yg pic perempuan je.dak ngaji llki tak yah la hehe


agak2 ni time aku ting bape?


Memory @KPTM

semalam aku g kolej Poly-tech Mara, Kl..kolej lama aku time zaman diploma dulu.uih lama betul tak menjejakkan kaki disana.. tak tahu kenapa bila aku berjalan dari LRT Pandan jaya ke KPTM..rasa macam back to Hometown plak..semua yg aku pandang mengingatkan aku kembali pada zaman dulu itu..uiihh rindunye masa tu... kalau la boleh diputarkan kembali masa lalu walau sehari...huuuu~




Kolej Poly Tech Mara(KPTM), Kuala Lumpur





bangunan KPTM yang dah berubah wajah...skrg dah kaler oren gitu.. dulu mana de cat2 ni hehe





kat lobi KPTM




aik..kat depan pintu dah ade kaunter ke..? cam kat bank plak rasa..


then, aku stat bjalan2 stat dari ting 4 lepas g ofis..dan pe yg aku jumpa~~


first...



wahh....!! ni klas aku dulu gak nih!


kalu tak salah kelas pemasaran penah gak wat kat sini dulu. sume kusi dah kaler oren gitu..betul2 ikut tema kptm skrg..mmg ceria lak tgk huhu...berubah habis!





haihh ni tempat feveret geng2 aku dulu nih.dari kusi paling kiri skali adila-aku-anis-fae- .. dulu mmg kitaorg suka dok kat depan skali..bkn sbb ape pun..tak nak tertido je hehe.penah gak dok blakang..tu pun org dah pelik nape kitaorg dok blakang :P (actlly aritu tak bawak buku..tu dok blakang huhu~)




CR 4.8 -kelas pe ek dulu wat kat sini..


haih baizura..gambo pintu pun nak ambik gak ke...~ (mybe sbb de nilai2 sentimental kot..lalala~)





"student square"-antara port bdak2 kptm dulu kat ting 4. nape dulu tak letak meja2 nih..



aik..dah de klas yg dh renovate jadi kedai ke kt ting 4? sib baik tak wujud masa dolu2..kalu tak, keje nak beli gegula je ari2 wat stok dalam klas.. (moral of D story: nti rosak gigi la.. haha yela tuh.. :P )




klas kat ting 3..dulu klas multimedia..struktur data..analisis...n java penah wat kat sini.






pemandangan di ting 3..depan lect room.. pun dah lain gak...huhu




woahh..dah de bumbung tu dari kptm ke LRT! bagus2..kesian dak2 kalu time2 hujan nak balik or nak g klas..


teringat lak dulu masa kt kolej nk balik ptg2 time hujan..dah la tak bawak payung..pastu geng2 aku dok ambik pemplate kolej wat alas kepala..ahaha..nakal! nakal!


hmm banyak betul kenangan yg ada dulu kat sana..nape kat UPM cam tak banyak kenangan lak ek hehehe..apapun KPTM tetap dekat dihati.. (cam tv9 la pulak... (^_^) )


domino's pizza

rupanya banyak kali juga ye baru2 ni pegi makan domino's pizza kat mid valey.tempat yg sama utk meraikan somethin. masa 1st sekali masa kuar ngan kengkawan..fae n nurul.. time tu fae yg blanja hehehe..



then yg baru2 ni time kuar ngan adik lak..kenapa rasa cam byk sejarah tercipta di domino's ni ek...hmmmmm...

sape tah ni..

adik aku daa..

p/s: actlly de pic lagi..masa kuar ngan fae n nurul aritu.. tp rupanya dah takde dalam laptop lak.. malas lak nak cari kat dlm cd hehehe.takpe kat blog fae pun dah de gak..kan fae.. (^_^)

Happy BesDaY to Me!

Tanggal 23 hb 6..it’s my besday!!.. means secara automatik umo dah 24 tahun la ni. haiihh betul ke 24 thn ni? cam tak caye lak hehehe..

oh yer lupa lak, thanks wat sume teman2 aku yg wish besday samada kat sms, call or dalam facebook. thanks sbb ingat kat mbr korg yg satu ni hehe.
sebenarnya masa besday aku tu takde pe2 pun.juz aku dapat free call n sms from celcom for 7 days. so aku ambil kesempatan ni call teman2 baik aku yg dok jauh2 nun kat penang n terengganu tu..n mbr baik kt kl gak.

ptg tu, aku wat besday cake sendiri.. bole la utk makan2 ngan family.actlly aku de upload pic ni kat facebook

coklat kek yg aku wat sendiri..gambo hasil lepas dah siap hehehe

lepas wat topping kek


coklat utk wat topping ngan utk hiasan. kena cairkan dulu. aku guna crimer+ planta cikit.


coklat yg aku hiris halus utk wat hiasan..


p/s: byk betul mbr n teman2 bagi komen kat facebook kata bole wat bisnes hehe. InsyaAllah mana tau 1 hari nti kan..lalala~