Pages

Tuesday, November 17, 2009

SaBaR itu InDaH..


Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitu aturan Tuhan
Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya
Usah mengharapkan ke segalanya
Dalam perjuangan penuh pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
Begitu ajaran Tuhan

Hasbiallah,
Hasbunallah
HasbiRabbi jalallahu Ya Allah
Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Di dalam jiwamu itu
-by hijjaz-


Emm dah lama aku tak wat post gini. dulu masa aku tulis blog@ friendster aku selalu selitkan ngan lirik lagu. lirik kat atas ni aku ambil dari kump hijjaz.Aku mmg suka sgt ngan kumpulan hijjaz ni.dulu time study aku dok pasang lagu ni la kat walkman sambil2 aku study.rasa tenang je.sekarang aku buat perkara yang sama sambil2 aku wat keje kat sini.


“Jadilah rumput nan lemah lembut, Tak luruh dipukul ribut, Bagai karang di dasar lautan, Tak terusik dilanda badai”

Indah je kata2 tu bagi aku..
sebenarnya ada persoalan dlm diri aku..

Macammana kita nak melawan ketidakadilan yg blaku disekelilng kita? Macammana kita nak bela diri kita dari dipermainkan orang dan diperbodohkan orang? Perlu ke kita melawan balik dengan perbuatan yg serupa? Macam2 yg aku pikirkan.aku luah dekat kawan..aku luah kat diri dan macam2 jawapan yang aku dapat.aku tahu situasi yg aku alami skrg mmg sering blaku dimana sahaja.
hmmm..

Bila dalam kemarahan mmg hasutan syaitan meraja dalam diri. semacam ada bisikan di telinga suruh balas balik perbuatan yg sama macam yang kita terima..

Tapi..

Bukankah kita pun sama sahaja seperti dirinya jikalau kita membalas balik perbuatan seperti itu.apa yang membezakan tindakan kita dengan dia??...

Jangan...

aku tetiba teringat tentang kisah Rasulullah SWT.bagaimana dia diuji..dihina..dicerca ketika berdakwah.
tapi akhlak serta peribadi Rasululah sungguh mulia.dia tidak pernah membalas dengan kejahatan keatas orang2 yang menghinanya hatta sekalipun.
hmm seingat aku begini kisahnya tentang seorang tua yang sering melontarkan najis pada Rasulullah ketika baginda ingin ke masjid. Dan suatu hari perempuan tua itu tidak kelihatan seperti kebiasaannya. Baginda mendapat khabar bahawa perempuan tua yg sering melontarkan najis itu telah jatuh sakit.

Lantas kerana itu Rasulullah pergi menziarahi perempuan tua itu. Perempuan tua itu sunguh terkejut dan begitu malu kerana dia sering berlaku jahat pada Rasulullah namun sedikit pun Rasulullah tidak membalasnya balik. Ya Allah,sungguh mulia peribadi Rasulullah.kejahatan yang diterima tapi kebaikan yang dibalas.

jadi kalau rasa2 tengah marah sangat2 tu ingat2lah.banyakkan istighfar.aku ingatkan diri aku juga. ikutkan apa yang kita lalui ini tidak sesukar apa yang telah dilalui oleh Rasulullah. kenapa kita tidak boleh mencontohi baginda..sifat sabarnya. bila aku fikir macam tu, baru rasa tenang...

ingatlah kelak setiap manusia akan dihitung segala amalan baik dan buruk. Amalan yang baik akan dibalas baik, iaitu syurga, manakala amalan jahat pula akan dibalas dengan azab neraka jahanam.

Firman Allah SWT maksudnya: "Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat dzarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula."

(al-Zalzalah:7-8)



p/s: ingatlah, walaupun orang taburkan duri tapi kita taburkanlah bunga..

0 comments:

Post a Comment