Pages

Friday, November 19, 2021

Blog hampir Hilang!

 Assalamualaikum semua..

Hari ni tiba-tiba sahaja aku rindu nak baca blog aku yang lama. rupanya sudah lama betul aku tidak menulis dalam ruangan ini. Bila dilihat ruangan Blog Archive, kali terakhir aku post adalah pada Februari 2016!.. wah..lama betul ya.

Bila aku cuba untuk login, Ya Allah aku lupa aku pakai username dan password aku apa!. dan aku juga lupa aku log mengunakan emel apa!😱😱 setelah lama godek2..barulah aku dapat cari balik semua tu dan masuk semula dalam blog aku ini. Alhamdulillah..


hmm kenapa lama tidak menulis?

entahlah..mungkin disebabkan kekangan masa di pejabat..dan juga komitmen di rumah bersama anak-anak. Atau juga kini medium blogger sudah semakin menyepi tidak seperti dahulu. Dan aku lihat semua blogger yang aktif dahulu macam ramai sudah tidak seaktif dahulu. mungkin lebih selesa aktif melalui medium lain seperti Instagram. Ya. sama seperti aku. cuma bezanya, semua gambar aku dan anak-anak aku lebih selesa berkongsi melalui medium instragram.dan dibuat secara private..dan hanya beberapa orang sahaja kenalan zaman belajar ada di situ. Dan bukan dari kenalan baharu. Entahlah, semakin dewasa..semakin risau dengan dunia sekarang yang tak terjangkau akal dek perbuatan orang-orang yang sudah tidak fikirkan tentang agama..iman..dosa.. FULLSTOP.

Tentang dunia aku sekarang?

hmm masih seorang ibu kepada 2 orang anak lelaki yang semakin membesar. Abang Farish kini telah berumur 8 tahun dan memasuki tahun 2 di sekolah integrasi Tahfiz. Adik Haziq pula sudah berumur 6 tahun dan akan turut sama mengikut jejak langkah abangnya untuk bersekolah di sekolah integrasi tahfiz. Alhamdulillah, anak2 semua sudah pandai solat, sering jadi imam di sekolah. Teringat masa Farish di tadika ABIM semasa umur 6 tahun, salah seorang gurunya ada menghantar video Farish menjadi imam di sekolah.



aku rasa sangat sangat bangga..Alhamdulillah..ini memang impian mama dari dulu lagi. Mama nak anak-anak mama menjadi seorang anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat. Mama sayang sangat-sangat dekat Abang Farish dan Adik Haziq. Love you soo much Abang dan Adik! Sampai bila-bila akan tetap jadi baby mama!😍😍😍😍😍













*gambar masa kecik2..

oklah sekarang dah nak habis waktu kerja. Mama nak kena cepat2 balik untuk ambil anak2 mama balik sekolah. Nanti merajuk pula hehehe. Ada masa nanti akan update blog lagi. Dah bersawang betul ni hehe.


Blog Archive