Pages

Sunday, August 16, 2009

Who Want's To Be a Trilllionaire..

hari ni macam biasa, aku mmg tak ke mana2. hari ni aku dok sorg2 je kat umah.mak n makngah keluar shopping hehe.actlly mak aku teman makngah aku g beli barang kt puchong.aku?? hmm rasa malas lak nak ikut.baik aku buat keje umah je apa2 yg patut. lgpun aku nk menyahut seruan kerajaan utk m'kuarantinkan diri di rumah..huhu yela tuh...
MySpace
ohh tadi masa kemas2 umah, tetibe aku tjumpa balik buku majalah sekolah zaman dolu2 tu.selak punya selak..aiseh terjumpa lak karya yg aku pernah karang sendiri huhu.bukan cetak rompak tau.idea sendiri nih.oklah aku selitkan utk blog aku hari ni.tak taula bes ke tak hehhe.
"
"
~~~~~~~~Al-Kisah~~~~~~~~
"
"
Jalaludin : Ya, bersama saya lagi, Jalaludin Basan dalam "Who Want's To Be A Trillionaire. kita jemput peserta kita, ya..Mr.Nick yang telah memenangi wang sebanyak RM500,000 dan kekal satu talian hayat sahaja iaitu rakan telefon.Ya,kita teruskan dengan soalan yang berharga satu..juta..ringgit. Anda sudah bersedia Mr.Nick?
Mr.Nick : Ya, saya bersedia.
Jalaludin : Soalannya ialah..."Apakah gelaran yang secara lazimnya diberikan kepada isteri anda punya emak punya nenek? "
A: Makwe B: makcik
C: Moyang D: Mak Mertua
Mr.Nick : Err..susah nak jawab tu.
Jalaludin : anda boleh menggunakan talian hayat anda yang terakhir.
Mr.Nick : Ok. saya nak guna talian hayat saya yang terakhir..., rakan telefon.
Jalaludin :Ya.. bijak sekali!!. Mr.Nick hendak menggunakan talian hayatnya yang terakhir iaitu rakan telefon untuk menjawab soalan satu..juta..ringgit. Saya akan cuba menelefon kawan Mr.Nick iaitu najib dengan menggunakan telefon bimbit GIGI 100 (sambil meraba-raba poketnya).
Alamak!!, telefon bimbit tu tertinggal kat rumah pulak...macam mane ni??!
Mr.Nick : Err..takpe..takpe, saya ada bawa telefon.
Jalaludin: Er..oklah, saya pinjam.
(Jalaludin Basan pun mendail nombornya)
Tut..tut, tut..tut..
Najib : Hello, Era Rentak Muzik terkini... *promosi Radio Era 'Jawab dan Menang'
Jalaludin :Err..Najib, nie bukan Radio Era,tapi saya nie Jalaludin Basan dalam rancangan 'Who Want's To Be A Trillionaire.'
Najib : oh..ye ke??
Jalaludin : Rakan anda iaitu Mr.Nick ingin meminta pertolongan anda untuk menjawab soalan yang bernilai satu..juta..ringgit. Ingat,anda cuma ada 30 saat sahaja. Baiklah, saya serahkan talian ini kepada Mr.Nick.
Mr.Nick : Err..Najib, kau tahu tak apa jawapan...
Najib : Wei Nick, kau masuk tv tak beritahu hah!! apa punya kawan la kau nie.
Mr.Nick : Sorrylah Jib, aku telefon kau semalam. kawan kau kata,kau tido...aku tak maulah kacau daun.
Najib : Ooh, ye ke...kenapa..tut..tut..tut...(talian terputus)
Jalaludin: Oh nampaknya masa yang diberi telah habis.. tapi kenapalah korang bersembang pulak..?? Hmm..takpe,anda boleh pulang dengan wang Rm 500,000 sahaja.
Mr.Nick : saya tak nak..saya nak SEJUTA!!
(Tiba-tiba, seorang pemuda masuk dan membisikkan sesuatu kepada Jalaludin Basan.lalu pemuda itu pergi)
Jalaludin : Err..Mr Nick, nampaknya cerita Who Want's to be a Trillionaire kena berhenti sekarang. duit sejuta tu takde. Al-maklumlah..hutang tengah melambak-lambak tak bayar nie..Err tahun depanlah ya.. hi..hi..hi
Mr.Nick : Pulak....!!?
Penonton di Rumah : Loh...., cerita ape pulak nie..!!!?
"
"
dah habis...ok.. sekian time kasih..MySpace

0 comments:

Post a Comment