Pages

Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan..




Alhamdulillah..,

Ramadhan yang dirindui dipertemukan kembali..

"ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna.Agar dapat ku lalui dengan sempurna.."

terasa syahdu masa solat tarawih beramai2 mlm tadi.ramai juga org yang datang termasuk kanak2...Alhamdulillah..

em semalam aku de final interview ngan CEO ERL.memula mmg terasa gementar gak la sbb nk jumpa bos besar ERL. tp Alhamdulillah semuanya ok.aku harap ada rezeki disini.tengah tgu call minggu depan. masa kat KL sentral tu mmg tgk semua org dok pakai mask.yela utk elak dari H1N1 kan. isk nape lah aku tak pakai ni.oh ye, kalau tak adik aku dari UPM balik umah smlm sbb nak sama2 menyambut bulan Ramadhan tp nampaknya terpaksa tunda n balik pagi ni. jadi malam tu hanya aku n mak sahaja yg g solat tarawih bsama kat surau tempat tinggal aku ni.
tgh malam tu pula aku dok sibuk masak utk sahur nanti.sbb bangun sahur nanti mmg tak sempatnye nak masak2 ni kan hehe.

hmm entah nape semalam aku rasa cam sebak sgt.entahlah aku pun tak tahu sbb apa.mungkin sbb kedatangan bulan Ramadhan.mungkin juga krn pemergian Arwahyarham Ustaz Asri.. tambah lepas tgk tribute kat tv3 "ustaz asri dalam kenangan".. tapi aku juga tumpang sedih lepas mendengar berita yg mendukacitakan dari kawan aku ttg abangnya yg sakit. Ya Allah besar betul ujian n dugaan yg dia terima. aku harap dia semakin sembuh dan aku harap kwn aku dan keluarganya bsabar dan tabah menghadapi semua ini. aku faham rasa sedih itu..sbb aku penah rasa dulu macam mana rasanya bila keluarga yg kita sayang sakit. Alhamdulillah kwn2 dan org2 yang rapat byk bagi aku sokongan krn aku hampir rebah, tambah masa tu aku masih lagi belajar di UPM.
aku tahu ini merupakan ujian dari Allah. Allah tak akan menguji hambanya melebihi kemampuan hambanya itu sendiri. sbb dia tahu kita boleh pikul dan hadapi lah maka diberikan ujian itu. aku mmg pegang kata2 ini. sesungguhnya ada hikmah yg tersembunyi semua ini.. semoga kita tabah menghadapi

"Tidaklah seorang muslim tertimpa kesulitan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan dan duka cita sehingga duri yang menusuknya kecuali Allah akan menjadikan itu semua sebagai penghapus dosa dosanya"
(HR. Bukhari dan Muslim)

"Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan"
(Q.S. An Nahl: 96)


0 comments:

Post a Comment