Pages

Tuesday, July 28, 2009

suatu keputusan..

hari ni bersamaan 28 july 2009, hmm semakin hampir dgn kemuncak jawapan seharusnya jalan yg mana harus aku pilih. hmm nape rasa cam ayat sastera sgt nih..haiihh
MySpace

ok wat masa ni aku masih belum de lagi keputusan yg betul2 pasti.
lagipun aku masih tak tau lagi adakah aku akan diterima utk bekerja dlm kementerian penerangan. siang tadi aku ada call kementerian utk tanya bila bole dpt tau keputusan dan aku ada cerita skit ttg batu pahat ni.
cikit je la.. dan btl2 perlukan jawapan cpt.rupanya dorg still takde final result lagi sape yang dapat sbb masih dlm proses mengira markah.
candidate je dah 100>..of course take time right.tapi sekiranya dapat, 3 hb 8 ni dah stat keje.sama cam jawatan lecturer nih.
dan akhirnya akak tu suruh aku call balik khamis or jumaat ni utk tanya status. hope ada rezeki di sana.tapi kata hati mmg dapat.

emm ttg keputusan ni,ramai juga aku tanya2 minta pendapat tmasuk family aku, makngah, abg sharum, dan tak lupa juga kawan2 aku..especially faeza yg slalu keep update apa2 info tbaru ttg aku hehehe.sedih juga klu aku g merantau jauh2..
tak dpt nk kuar jalan sesama cam sblm ni.
takpe kot..dah de org bleh temankan dia skrg..oppss hehehe

hmm antara nasihat n pendapat yg tbaik bagi aku adalah dari abg angkat aku sendiri..abg sharum.dia mmg dah macam abg aku sendiri je since aku sekolah lagi.
dia panggil mak aku pun "mak" dan sbb tu aku kata nasihat dia antara yg tbaik sbb dia salah sorg yg btl2 memahami keadaan aku n family aku.
dan time mak aku sakitlah dia dan isteri dia (kakak angkat aku gak, kak yati) yang byk bg sokongan tmasuk sanggup bsusah payah hantar mak aku berubat di selangor setiap mggu.dan byk lagi sbnrnya...hanya Allah yg mampu balas..

abg sharum ada kata, aku ambil la di kementeriaan ni sbb mmg itu yg mak aku harapkan. dan dia ada ckp "doa seorang ibu itu tmakbul..dan sekiranya itu yg mak inginkan dan mak gembira..,mungkin ada hikmah disebaliknya utk masa depan aku..seiring dgn doa seorang ibu utk anaknya.."


Alhamdulillah, lega aku lepas bcakap dgn dia.mmg itu yg ada jauh dlm sudut hati aku.cuma aku masih tcari2 sebelum ini apakah jawapan dan jalan yg seharusnya aku pilih.
hmm sukar ye nak buat keputusan yg tbaik. aku sebelum ini ada buat solat istikharah mohon petunjuk dariNYA kerana sesungguhnya DIA amat mengetahui segala-galanya sedangkan aku tidak mengetahui.


"Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku
dalam urusan agama ku
juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang,
maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku,
serta berkatilah daku padanya.
Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku,
juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang,
maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya,
kemudian jadikanlah daku meredhainya.”


amin ya rabbala'lamin..

0 comments:

Post a Comment