Pages

Monday, July 13, 2009

kucing vs aku

mesti ramai antara kita sukakan kucing dan ada juga yang takut atau geli dengan kucing kan. tapi kawan2 tau tak ada beberapa perkara yg menarik tentang kucing ni.


nak tau? ok....


1. Dalam hadis Bukhari-Ibn Umar radiallahuanhu meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seorang wanita dimasukkan ke neraka, kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan.


2. Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.


Sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).


Gelaran bapa kucing tidak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.


3. Suatu kajian pernah dilakukan di Universiti Atlanta di Amerika Syarikat terhadap pesakit-pesakit darah tinggi, didapati keluarga yang memelihara kucing lebih rendah tekanan darahnya berbanding keluarga yang tidak membela haiwan itu. (betul ni..kalu stress cubalah belai2 kucing tu..mmg hilang tau..insyaAllah..)



hmm macam tak sangka kan disebabkan kucing ada orang dimasukkan ke dalam neraka, sebab kucing juga nabi mengelarkan Abdul Rahman bin Sakhr sebagai Abu Hurairah (bapa kucing) dan disebabkan kucing juga kajian menunjukkan boleh mengurangkan darah tinggi dan stress .

~~~~~~Kata aku~~~~~



aku pun mmg suka sgt ngan kucing ni sejak dari kecik lagi. dulu masa duduk kat umah setinggan dulu pun aku mmg ada bela byk kucing. dan antara nama kucing yg aku bagi ialah :
mikey (ibu segala kucin2 aku yg boleh digelar moyang gak hehe),
coklat (manja sgt2 ngan aku sampai ble nampak aku baring pun dia bleh tido sebelah aku sambil peluk aku huhu),
amy (kucin yg agak brutal dan ganaz..dia lupe kot yg dia tu seekor kucin betina..haihh)
pak itam (bulu dia cantik ala2 kucing parsi..yg pelik siang punyala garang sampai tak bagi sentuh bulu dia lagi2 tang ekor (taula bulu dia cantik) tp bila malam je tetibe btukar jadi penakut sampai aku nk g toilet pun dia nk ikut gak..)
dan putih (kucing jantan adik aku..sgt gemuk sbb adik aku layan dia cam baby..tp syg sbb tak cam kucin jantan..nk lawan/panjat pun tak reti.nk ngorat kucin betina pun lagila tak pandai hehehe..)

0 comments:

Post a Comment