Pages

Wednesday, March 19, 2014

Permata Hati Mama Papa


Assalamualaikum kengkawan semua. lama betul tak update blog ni huhuhu...... Bukannya apa aku terlalu sibuk + kena vitamin M sikit nk tulis2 blog ni hehe.

Alhamdulillah sekarang ni aku n hubby dah masuk alam baru dalam fasa rumah tangga kami...seronoknya bila dah bergelar mama n papa ni kan.. Alhamdulillah syukur..... :)

Jadi oleh sebab dah masuk fasa baru..so blog pun kenalah tukar tema baru..."Cheritera Mama Farish"....
mesti seronok nanti bila anak dapat baca apa yang mama dia tulis sepanjang anak kesayangan mama papa ni membesar kan...Semoga sayang mama nanti dapat menjadi anak yang soleh...baik akhlaknya...bijak.... amin...


Muhammad Farish Firdaus nama diberi......dilahirkan pada 2/12/2013 di hospital az zahrah. Pada aku memang servis yang diberikan oleh pihak hospital mmg terbaik. Tambahan pula hospital ni mementingkan aurat pesakit.Tambah memang aku nak bersalin dengan DR perempuan. Alhamdulillah Allah permudahkan semua. 

entry kali ni akan penuh dengan gambar. Biarlah gambar yang berbicara..chewah...



 Assalamuaikum anak mama n papa... :) 
Gambar diambil sejurus selepas bersalin..masa ni mama tak boleh nak bangun tenguk baby lagi huhu..


 malam pertama bersama baby...rasa sangat2 syahdu bila dapat pegang anak sendiri. macam tak percaya pun iyer gak..

Wajah kegembiraan seorang papa...



 wajah kegembiraan seorang nenek..


hari pertama dirumah...

alalala tomey2 anak mama ni tido... :)






Alamak saye lupa hari ni saya genap 2 bulan la!......



tido time!





 yeaaa! saya dah pandai main play gym!!...






tima kasih maksu belikan baju doraemon ni..



gambar ni ambil sehari sebelum nak masuk kerja balik.
mode: sangattttttt sedihhhh sebab nak tinggalkan sayang mama ni.. 
kan bagus mama dapat jaga farish sepenuh masa..nak tenguk sayang mama ni membesar depan mata..
 :(


awww seksinyeee sayeee.....

saya suka hisap jari & masukkan tangan dalam mulut sekarang ni...


 senyuman buat mama..




 saya dah 3 bulan. saya suka main play gym. seronok betul tenguk bila anak aktif dan membesar dengan sihat.. Alhamdulillah.....

Syukur ya Allah atas kurniaan yang tidak ternilai bagi kami suami isteri....
rasa sangat2 bahagia. balik kerja pun tak sabar nak cepat2 jumpa baby sebab nak main dengan baby.

 Perkembangan terbaru farish dah pandai gelak2 kekeke bila diagah2 dengan papa bila papa buat suara doraemon...cian papa sampai kering tekak..tapi hapy sangat bila tenguk gelak tawa anak kesayangan mama n papa ni..

Alhamdulillah.... :)


Saturday, March 31, 2012

Dinner @ Tasik Idaman

Sebenarnya my hubby memang dah plan nak bawa mak n adik untuk dinner di tasik Idaman tempat makan yang bagi aku memang sungguh romantik!

Acttly tu memang tempat yg penuh dengan kenangan bagi kitaorg suami isteri pun ehehhehe.

me n my hubby... :)

rasa hapy dan bahagia sangat sebab dapat juga bawa mak n adik makan kat tempat2 macam tu. mak n adik pun aku tgk betul2 excited dapat pergi tempat macam tu.


mak n adik....



menu yg kitaorg order:
 ikan siakap 3 rasa
kailan ikan masin
tomyam campur
telur dadar
sambal belacan
Sate Ayam n Daging..


fuhh...memang betul2 kenyang sampai esok hari. hehehe. :P
 seronok betul dapat makan kat tepi tasik. Memang suasana sangat2 romantika n meriah!...


Thanks abg syg sebab dah bawa kegembiraan dalam family aku. Alhamdulillah...family aku dah sempurna seperti orang lain....syukur Alhamdulillah... :)

Disebalik Tabir...

Assalamualaikum semua...

semangat pula aku pagi2 sabtu ni nak update blog hehe.
malas nak cakap banyak2...jom kita layan gambar!


bunting yg aku oder secara online sahaja


orang kuat majlis.. a.k.a merangkap pengapit aku
adik n her bes fren fatihah


menuju ke dewan..


berdebor2 betul bila duduk kat atas pelamin rupanya kan hehe..

ambik restu mak mertua.. :)


memang atas pelamin tu kitaorg asyik kena buli je hehehee



thanks abg lan @bos lama aku di YADIM yg sudi gak datang. Turut bersama adalah abg naz


 my family...

sungguh tharu dengan kehadiran sedara2 aku yg sanggup datang dari jauh..


 
sedara a.k.a org kuat majlis gak hehe


emm actlly aku nak upload banyak lagi tapi blogspot ni nape tah lambat benor nak upload gambo walaupun satu.tapi aku gigih gak cuba uopload satu satu...
em takpelah nanti len kali aku cite topik lain plak ye..

p/s: hope rumah baru blog aku ni dah tak bersawang lagi la macam dulu huhu...

Friday, March 30, 2012

My Wedding \(^_^)/

Assalamualaikum pembuka bicara...

Alhamdulillah....aku kini telah selamat bergelar seorang isteri.. Amin..syukur ya Allah.. :)
maaf la sebab tak sempat nak update blog. semakin hampir dengan tarikh nikah dan majlis semakin sibuk aku. Ditambah pula dengan pelbagai dugaan n ujian yg telah aku dan suami aku tempoh. Status sebelum encik tunang lagi hehehe
Majlis Pernikahan aku adalah pada 28/1/2012 aritu. Dengan 2 kali lafaz Alhamdulillah aku telah menjadi isteri yang sah kepada buah hati ku.

hehehe nape ayat aku semacam agak skema dan berbunga2 ni huhu.
MySpace

sebelum aku cite serba sedikit tentang majlis aku tu aku nak tanyala korang perasan tak design blog aku ni dah berubah. saje je nak cipta suasana blog baru sempena perubahan hidup aku yg baru ni. baru ada mood sikit nak update blog kan hehehehe. boring pula asyik design yang sama je.
MySpace



 ----------------------------My Wedding -------------------------


Majlis persandingan aku diadakan pada 5/2/2012 seminggu selepas kami selamat diijabkabulkan.
Alhamdulillah majlis kami berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

sebelum tu aku nak ucap terima kasih banyak2 kepada family aku...adila, faeza n husband, fahezah, wawe, fatihah (bes fren adik) dan sepupu2 aku yang terlalu banyak memberi sokongan dan bantuan sepanjang majlis.

Terima kasih juga kepada hubby ku sayang kerana sentiasa berada di sisi susah dan senang bersama. Terlalu banyak dugaan yang kita tempuh kan. Alhamdulillah kita berjaya lalui semua bersama. Luv u soo Much!

mood romantik2 la plak..heheheh
MySpace




oklah kita layan gambar la pulak yek....



suasana dalam dewan sebelum majlis bermula...



cantik kan pelamin tu....

secara jujurnya aku sangat2 berpuas hati dengan perkhidmatan butik dari kak eda yang aku ambik ni. memang sangat2 berbaloi kerana murah..tapi servis memang TERBAEK!
MySpace

mana taknya...set pelamin, baju dan mekap memang sangat2 cantik! ramai yang puji2.
untuk baju aku tu pun memang sgt2 murah walaupun aku request baju baru..pilihan warna n design baju sendiri. susah nak cerita panjang2 kat sini.

so untuk sape2 yang masih mencari2 butik pengantin yang menawarkan servis terbaik..cuba try pergi butik kak eda. boleh ambik alamat disini : http://butikdahlia.com/

*p/s: kak eda memang tak upload baju2 pengantin dalam website byk2 utk elak orang ciplak.
So pergi la butik dia ok!

-------------------------- L.O.V.E ----------------------------








my Family.. :)


my Family.. :)

family besar baru.. :)




hehe ok lah itu sahaja lah yang aku dapat update skrg. nanti kalau ada masa lagi aku update yek!
 tata!



Tuesday, December 13, 2011

47 days to go..

emm lama betul aku tak update blog kan hehe. baru2 ni memang aku agak sibuk dengan kerja di ofis. malam2 bila balik keje tu sibuk dengan benda lain pula. hehe faham2 je la kan..
  MySpace

emm 47 days to go....?
mesti pelik kan sebab kenapa lagi cepat dari counting down kat atas.. ( 55 days)..
sebenarnya majlis pernikahan aku akan diawalkan iaitu pada 28/1/2012 ni. Means pada bulan depan je la kan tinggal hehe. ok....saya sangat bedebar bila fikir tarikh nikah semakin hampir.
Tapi dalam masa yang sama aku sangat2 hapy n sangat bahagia sekali..
  Alhamdulillah dapat rasa perasaan macam ni... :)

 majlis pernikahan n perkahwinan ni merupakan majlis pertama dalam family aku. adik dan mak aku pun aku tenguk seronok betul nak buat persiapan semua.. aku pun dah sikit2 dah banyak gak buat persiapan. emm nak share sikit la picture kat sini persiapan apa je aku dah buat hehe


------------------------------- CAT RUMAH---------------------------

Seperti yang aku n adk aku rancang...kitaorg pun mulakan operasi cat umah. warna cat bilik tu aku n en tunang yang pilih. itu pun setelah hampir bape jam aku dok belek2 warna cat apa yang aku nak huhu
  MySpace


 before..

salah satu dari combination warna yang aku pilih huhu


 after..


latest..

hehe karpet tu aku beli kat nilai ngan tunang aku. ok kat sana memang sangat2 murah harga dia kalau compare mana2 kedai yag aku pergi kat KL ni.  cadar katil pun aku beli skali termasuk untuk pakai masa majlis aku nanti.  penat juga jalan pusing satu nilai sebab nak cari karpet n cadar.
hehe terima kasih kat tunang aku sebab asyik kena layan karenah aku je kan hehehe
MySpace



------------------------------KAD KAHWIN & BUNTING---------------------------




Aku tempah kad kahwin dan bunting secara online je. penat juga dok survey2 kat internet dan akhirnya aku jumpa juga kat satu tempat yang bagi aku harga dia sangat berpatutan tapi design n kualiti sangat2 baik.  search la kat pakcik google nama Molis Card Gallery kalau ada sesiapa yang still mencari-cari kat mana nak tempah kad kahwin nanti.. 



 see... dapat free gift paper bag n sticker lagi tau...


 hehe saya sangat suka kad kahwin sayee..... lalalala~ MySpace



 comel kan stiker ni....




 ok...saya sangat suka bunting ni!!!
  MySpace


memang aku nak orang tu design macam ni. hehe comel kan kartun dia.
boleh berangan naik basikal macam tu gak..huhuhu
  MySpace



 reben untuk penanggah daa..






doorgift kerepek....sponsor oleh adik n mak aku hehehe


malam ketika buat operasi doorgift bersama mak n adik. seronok juga buat kerja ni hehe.



em oklah itu je yang sempat aku nak update kat sini. nanti kalau sempat aku update blog lagi..
lagipun sok dah kena kerja..
 emm bila la nak cuti panjang ni huhu.. MySpace