Pages

Friday, March 11, 2011

kursus K.A.H.W.I.N

akhirnya selesai sudah aku menjalani kursus kahwin di putrajaya pada 5-6hb yang lepas hehehe.
memang banyak sangat ilmu2 rumah tangga yg kami peroleh kat sana. antara modul yang ditekankan sepanjang kursus itu adalah komunikasi antara suami isteri.ada benda2 yang selama ini kita rasa tak penting tapi rupanya sangat2 penting bila sudah berada di alam rumah tangga.
bagi pendapat aku..kalau siapa2 yang nak pergi kursus kahwin tu better pergi bersama pasangan masing2 sebab biar sama2 belajar dan faham tanggungjawab masing2.
hehehe betul tak... yela kalau seorang je yang datang n faham mana nak jadi kan.
bila dah datang kursus ni buatkan kita lebih nampak apa tggjawab diri dan pasangan selepas berumah tangga.
erkk.. asal ayat aku formal semacam je nih.....
MySpace

ustaz dan uztazah yang bagi ceramah hari tu pun mmg best2. ada yang kelakar.  mmg asyik gelak je la. yelah kalau pengisian tu dibuat secara serius..tido la pulak kan org yg mdengarnya tu heheh.
 sebelum nak datang kursus ni aku cam risau gak. nanti ada ke sesi soal jawab ek.
yela..walaupun mungkin jawapan tu kita tau kan. tapi mana la tau kot2 time tu darah gemuruh datang..
terus jadi blank hehe..MySpace


dah la aku tak sempat nk study apa2 pun lagi sebelum gi kursus tu.
oklah..sempat gak la selak2 sehelai dua buku pendidikan islam zaman sekolah dulu sambil2 tgk cite katun hehehe.
MySpace

emm Alhamdulillah...akhirnya dapat juga sijil kahwin..heheheh

0 comments:

Post a Comment