Sunday, November 29, 2009
mood..mood...no mood
Sunday, November 22, 2009
patrick ohh patrick..
Pizza Hut@Family
pizza..
Silat@RumahKu
Training 4 new staff..
Tuesday, November 17, 2009
SaBaR itu InDaH..

Emm dah lama aku tak wat post gini. dulu masa aku tulis blog@ friendster aku selalu selitkan ngan lirik lagu. lirik kat atas ni aku ambil dari kump hijjaz.Aku mmg suka sgt ngan kumpulan hijjaz ni.dulu time study aku dok pasang lagu ni la kat walkman sambil2 aku study.rasa tenang je.sekarang aku buat perkara yang sama sambil2 aku wat keje kat sini.
“Jadilah rumput nan lemah lembut, Tak luruh dipukul ribut, Bagai karang di dasar lautan, Tak terusik dilanda badai”
Indah je kata2 tu bagi aku..
Macammana kita nak melawan ketidakadilan yg blaku disekelilng kita? Macammana kita nak bela diri kita dari dipermainkan orang dan diperbodohkan orang? Perlu ke kita melawan balik dengan perbuatan yg serupa? Macam2 yg aku pikirkan.aku luah dekat kawan..aku luah kat diri dan macam2 jawapan yang aku dapat.aku tahu situasi yg aku alami skrg mmg sering blaku dimana sahaja.
Bila dalam kemarahan mmg hasutan syaitan meraja dalam diri. semacam ada bisikan di telinga suruh balas balik perbuatan yg sama macam yang kita terima..
Tapi..
Bukankah kita pun sama sahaja seperti dirinya jikalau kita membalas balik perbuatan seperti itu.apa yang membezakan tindakan kita dengan dia??...
Jangan...
aku tetiba teringat tentang kisah Rasulullah SWT.bagaimana dia diuji..dihina..dicerca ketika berdakwah.
tapi akhlak serta peribadi Rasululah sungguh mulia.dia tidak pernah membalas dengan kejahatan keatas orang2 yang menghinanya hatta sekalipun.
hmm seingat aku begini kisahnya tentang seorang tua yang sering melontarkan najis pada Rasulullah ketika baginda ingin ke masjid. Dan suatu hari perempuan tua itu tidak kelihatan seperti kebiasaannya. Baginda mendapat khabar bahawa perempuan tua yg sering melontarkan najis itu telah jatuh sakit.
Lantas kerana itu Rasulullah pergi menziarahi perempuan tua itu. Perempuan tua itu sunguh terkejut dan begitu malu kerana dia sering berlaku jahat pada Rasulullah namun sedikit pun Rasulullah tidak membalasnya balik. Ya Allah,sungguh mulia peribadi Rasulullah.kejahatan yang diterima tapi kebaikan yang dibalas.
jadi kalau rasa2 tengah marah sangat2 tu ingat2lah.banyakkan istighfar.aku ingatkan diri aku juga. ikutkan apa yang kita lalui ini tidak sesukar apa yang telah dilalui oleh Rasulullah. kenapa kita tidak boleh mencontohi baginda..sifat sabarnya. bila aku fikir macam tu, baru rasa tenang...
ingatlah kelak setiap manusia akan dihitung segala amalan baik dan buruk. Amalan yang baik akan dibalas baik, iaitu syurga, manakala amalan jahat pula akan dibalas dengan azab neraka jahanam.
Firman Allah SWT maksudnya: "Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat dzarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula."
(al-Zalzalah:7-8)
Tuesday, November 10, 2009
korang suka ke??
Monday, November 9, 2009
Cita2 saya??
Malam Isnin..
oh ye, tadi masa dok sibuk wat keje..ngan keadaan yg sungguh sunyi sepi.. yg hanya kedengaran hanya bunyi tap tap tap..(bunyi keyboard)..ketik ketik ketik..(bunyi mouse daa..) tetiba de suara keriuhan org ramai plak.rupanya kak lin datang bsama2 6 orang staff baru bahagian ticketing officer utk sesi perkenalan. ooohoo yang ni ke staff yg aku kena handle briefing jumaat ni nanti heheh.ok sib baik dorang nampak cam baya2 aku or muda lagi hehehe.kurang cikit rasa nervous aku tu.alamak cakap psl nervous..aku stil tak prepare pe2 lagi utk briefing nih..haa tgk tu!
ala..aku sibuk tadi wat storyboard..huhu~
Sunday, November 8, 2009
Coretan petang Ahad..
Cinta Vs Benci
Kalau kita renung rasa yang sama ini dalam tiap insan, dari mana datangnya rasa halus yang tidak dapat dipegang ini? Rasa yang kita tidak nampak. Kita tak nampak rasa cinta, kasih dan sayang ini, tetapi kita yakin ia ada. Bertahkta indah di dalam hati kita. Macam perkara ghaib seperti syurga atau neraka, kita tak dapat tengok, tapi kita yakin ia ada dan beriman dengan kewujudannya. Dari mana datangnya keyakinan itu?
Hanya satu kuasa yang dapat melakukan semua ini iaitu Pencipta kepada kita semua. Dia mencipta kita tanpa terlupa memasukkan rasa yang sama itu. Biarpun rupa paras dan cara hidup berbeza, tapi tiap insan ciptaanNya tidak lepas dari rasa itu. Dari kecil sampai ke akhir hayat kita, rasa itu tak kan hilang.
Cuma apa yang membezakan antara kita ialah cara kita mengekspesikan rasa itu. Ada yang kasih sayangnya terpancar dari kata-kata dan ada juga yang terbukti dari perbuatan. Tak kisahlah cara apa pun, yang penting rasa itu ada dalam tiap kita.
Begitu juga dengan rasa kecintaan antara sesama kita. Bila Allah dah campakkan rasa itu, bagaimana mungkin kita menafikannya lagi. Sekuat mana kita berlari dari rasa itu, ia tetap mengejar kita kerana ia bersarang dalam hati kita. Makin dilari, makin ia menghambat. makin diusir makin ia datang.
Teringat aku dengan kata-kata yang biasa aku dengar, “Jangan kita membenci seseorang dengan kebencian yang melampau, kerana biasanya orang kita benci itulah yang akan menjadi kecintaan kita suatu hari nanti”.
Hanya Allah yang memegang tiap rasa ini. Kerana Dia telah memasukkan rasa cinta dalam hati kita dan orang yang kita benci itu.
Bila cinta berjaya kita raih, pelihara dan jagailah ia sebaik mungkin. Letakkan ia di tempat indah yang kita bina dalam istana hati kita. Jangan abaikan sebuah cinta anugerah Allah ini. Ini adalah satu amanah untuk kita peliharai. Jangan nodai atau rosakkannya dnegan sesuatu yang bertentangan…
“Mudah-mudahan Allah menimbulkan kasih sayang antaramu dengan orang-orang yang kamu musuhi di antara mereka. Dan Allah adalah Maha Kuasa. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”
Bila benci bertukar menjadi sayang, ia akan menerbitkan satu rasa cinta yang indah sesama insan. Setiap rasa benci yang bersarang dulu, berubah menjadi rasa sayang dan penuh cinta. Dan setiap kebencian itu membuahkan satu rasa indah dan kenangan yang istimewa dalam hati kita. Kebencian itu akan mendekatkan kita.
Tapi berlainan pula kalau bila sayang bertukar menjadi benci.
Cuba kita perhatikan, impak keduanya. Sebab itu dalam Islam kita disarankan untuk berwasatiah iaitu bersederhana dalam kehidupan kita. Sayang yang melampau sesama insan akan membuatkan kita melupakan cinta Allah dan takdirnya. Dan bila kebencian pula yang melampau, syaitanlah yang menjadi ikutan kita.
Cinta akan mengindahkan hidup kita. Ia umpama bateri yang memberi tenaga dalam kehidupan kita. Tenaga daripada bateri itu akan membuahkan semangat yang amat bermakna untuk sebuah kehidupan..
game..game..game..
entah sejak bila aku dok asyik main game ni pulak kat facebook. sebelum ni aku takdela layan sgt game2 kat facebook nih. aku tgk orang lain dok ketagih main game farm ville dalam facebook tu tapi entah nape aku tak minat pulak.tapi game cafe ni len plak.pelik betul.ke sebab aku baru pasang wireless kat umah... hurmmm
Saturday, November 7, 2009
S.E.N.I
wireless@Rumahku
Thursday, November 5, 2009
Google vs Cookie Monster..

Aku tertarik pula ngan imej google arini.Sungguh cute!!
rupanya arini ialah anniversary yang ke-40 sesame street. haiih teringat plak masa zaman kecik2 dulu.kekadang ada juga tenguk cite sesama street nih tapi tak selalu la sebab tak suka kat burung kuning yg banyak cakap tuh.kenapa tah. emm then yang paling aku tak lupe kat
Cookie Monster yang asyik makan cookies sampai berterabur tu. cute pulak tenguk hehehe :P

geng2 sesame street....
p/s: jangan kata aku cam bebudak pulak tau bagi post tentang sesame street nih..hehehe :P kebetulan je nampak kat google :)
Interview yg MENGERIKAN !!
Wednesday, November 4, 2009
L-O-V-E
